Laman Utama

Tomok Tutup Bisnes Tudung

gempak
Zulaikha Yusof
06/08/2020
09:14 MYT
Sponsor Banner
Tomok Tutup Bisnes Tudung
Penyanyi Tomok mengumumkan penutupan bisnes tudung berjenama Arriandra selepas lima tahun beroperasi.
Menurut Tomok, keputusan ini sangat berat untuk dilakukan namun dia sudah tidak mampu bertahan.
"Berat untuk saya tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih korang yang pernah sokong Arriandra yang pernah bekerja dengan kami, yang pernah beli tudung dari kami, yang pernah datang booth dan juga beli secara online.
"Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini. Dah berapa tahun kami cuba untuk bertahan tapi itulah dia..bisnes ada naik turun.
"Hari ini saya terpaksa pindah keluar dari tempat ini," katanya menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG).
Pelantun lagu Berlari itu turut menyatakan dia akan melakukan jualan penghabisan stok dengan harga yang murah.
"Saya nak adakan clearance sale. Insya-Allah, siapa yang berminat saya nak jual murah-murah saja.
"Kalau ada idea kat mana saya boleh jual boleh tulis di ruangan komen.
"Ada tudung RM5, RM10.. Korang ambil la. Saya nak tutup kedai dah ni. Insya-Allah ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live