Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Tomok Tutup Bisnes Tudung

Zulaikha Yusof 06/08/2020 | 09:14 MYT
Penyanyi Tomok mengumumkan penutupan bisnes tudung berjenama Arriandra selepas lima tahun beroperasi.
Menurut Tomok, keputusan ini sangat berat untuk dilakukan namun dia sudah tidak mampu bertahan.
"Berat untuk saya tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih korang yang pernah sokong Arriandra yang pernah bekerja dengan kami, yang pernah beli tudung dari kami, yang pernah datang booth dan juga beli secara online.
"Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini. Dah berapa tahun kami cuba untuk bertahan tapi itulah dia..bisnes ada naik turun.
"Hari ini saya terpaksa pindah keluar dari tempat ini," katanya menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG).

berat untuk saya tapi ianya kena di lakukan..terima kasih korang yang pernah sokong arriandra . yang pernah bekerja dengan kami,yang pernah beli tudung dari kami,yang pernah datang booth dan juga beli secara online . secara rasminya arriandra di tutup hari ini...nanti saya cari tempat untuk clearkan balance tudung..korang support eh . insyaallah ada yang lebih baik di masa yang akan datang...insyaallah,amin

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Pelantun lagu Berlari itu turut menyatakan dia akan melakukan jualan penghabisan stok dengan harga yang murah.
"Saya nak adakan clearance sale. Insya-Allah, siapa yang berminat saya nak jual murah-murah saja.
"Kalau ada idea kat mana saya boleh jual boleh tulis di ruangan komen.
"Ada tudung RM5, RM10.. Korang ambil la. Saya nak tutup kedai dah ni. Insya-Allah ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin," katanya lagi.
#Tomok #Bisnes #Tutup
;