Hiburan
Tonjol Inspirasi Kehidupan Sebenar Personaliti Tempatan, Strim ‘That 20’s Show With Keanu Azman’ Menerusi SYOK Sekarang!
Menampilkan personaliti tempatan termasuk Uyaina Arshad, Bil Musa, Dina Nadzir, Mark O'dea, Razif Hashim, Nadia Nash, Adam C dan ramai lagi, kini anda boleh strim SYOKcast (podcast) That 20’s Show with Keanu Azman.
That 20’s Show with Keanu Azman mengenengahkan perbualan dan perspektif kehidupan dalam menghadapi cabaran yang mungkin dilalui oleh seseorang pada usia 20-an.
Dihoskan oleh Keanu Azman, personaliti HITZ, Keanu menghiburkan para peminat menerusi perbincangan mendalam tentang pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para tetamu ketika mereka berusia 20-an.
Ia termasuklah topik kerjaya, pendidikan, media sosial, perhubungan, keluarga, kejayaan, pengajaran hidup dan banyak lagi dengan tujuan memberi inspirasi kepada para peminat untuk menangani situasi yang mungkin dihadapi dalam kehidupan mereka sendiri.
Episod baharu disediakan setiap Selasa menerusi aplikasi SYOK dan di laman rasmi.
Senarai episod yang sedia ada seperti di bawah.
Episod 1: Uyaina Arshad Menangis Di Set Pengambaran?
Episod 2: Razif Hashim Seorang Teman Lelaki Yang Keterlaluan
Episod 3: Adam C Diberitahu Dia Tidak Akan Berjaya
Episod 4: Bil Musa Melalui Persahabatan Yang Menyakitkan
Episod 5: Nadia Nash Mengalami Fasa ‘Selamat Tinggal Media Sosial”
Episod 6: Mark O’dea Seorang Lelaki Bersemangat Tinggi Di Usia 20-an
Episod 7: Dina Nadzir Tertekan Dengan Cinta Selama 5 Tahun
Episod 8: Pengembaraan Hanie & Nasri Di Usia 20-an
Strim di laman rasmi atau muat turun aplikasi SYOK secara percuma melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menikmati 25 jenama radio, podcast, video dan banyak lagi!
Must-Watch Video