Selepas ditayangkan pada 23 April lalu, Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) berjaya mendapat perhatian dan menyentuh perasaan penonton selepas menonton filem ini.

Menerusi media sosial, penonton NKCTHI gembira berpeluang menonton di samping memuji jalan cerita filem tersebut.

Dalam pada itu, penonton juga tertarik dengan susunan lagu yang dipilih dalam filem NKCTHI.

"Akhirnya dapat juga peluang untuk menonton filem @nkcthi ni sejak tidak sempat untuk meononton tayangannya di Jakarta tempoh hari.

"Hasil inspirasi dan adaptasi dari buku tulisan @marchellafp, kisah sebuah keluarga yang menyimpan rahsia bertopengkan kebahagiaan dan memfokuskan kepada setiap ahli keluarga yang diberi perhatian sama rata mengenai 'story arc' masing-masing.

"Tontonan yang sesuai bersama seisi keluarga atau pada pendapat saya, bersendirian di satu sudut juga dapat memberi kesan untuk menyelami dan memahami perasaan setiap watak lebih mendalam lagi di kala mereka menghadapi dilemma masing-masing.

"Susunan lagu 'soundtrack' di dalam filem ini juga sangat menarik dari alunan lagu-lagu seperti @kuntoajiw @isyanasarasvati, @wordfangs dan @ardhitopramono," kongsinya.



NKCTHI dibarisi pelakon hebat daripada Indonesia, iaitu Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Rachel Amanda, Ardhito Pramono, Donny Damara, Susan Bachtiar dan ramai lagi.

Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Jangan lupa untuk sewa NKCTHI di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Siapa yang dah tengok #NantiKitaCeritaTentangHariIni? Kalau belum ni Min nak ajar bagaimana cara untuk melanggan filem ini. Senang je tau! #NantiKitaCeritaTentangHariIni di Pawagam Rumah Anda, Astro First mulai HARI INI. . Utamakan keluarga dan semoga terhibur bersama kami di rumah #NantiKitaCeritaTentangHariIni #SetiapKeluargaAdaRahsia #NKCTHI #MyNKCTHI #DudukRumah #StayHome #KekalTenang #BePositiveStayNegative #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on