Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tonton Filem Seram Boleh Menang TV Pintar Sony 4K? Biar Betul!

Hanafis Haris
23/10/2020 14:00 MYT
Bulan ini pastinya akan membuatkan peminat cerita seram teruja apabila banyak filem genre tersebut akan ditayangkan.

Menerusi kempen Turn On The Screams, Astro akan membawa filem seram terus ke pawagam rumah anda menerusi Astro First, Astro Best, On Demand Store dan Astro GO.

Antara filem yang bakal ‘dihidangkan’ kepada anda adalah Get Out, Us, The Hunt, Unfriended, The Conjuring, The Conjuring 2, Truth or Dare, Doctor Sleep dan banyak lagi.

Sementara itu buat mereka yang meminati fillem seram asia pula jangan lepaskan peluang saksikan Kelaster, Takut Ke Tak?, The Apartment, Cerita Hantu Asrama, Tanah Kubur, Pee Nak 2 dan Check-in Shock, Detention serta filem seram Korea Gonjiam Haunted Asylum, A Tale of Two Sisters dan banyak lagi.

Namun apa yang lebih membuatkan tontonan ini lebih unik adalah anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik!

Tonton seram menang hadiah? Pelik kan?

Antara hadiahnya termasuklah sebuah TV pintar Sony berdefinisi 4K Ultra HD, pembesar suara bluetooth Sony, headphone Sony dan dompet Sony melalui peraduan 'Scream and Win' dari 23 Oktober hingga 13 November 2020 ini.

Bagaimana caranya?

Pelanggan hanya perlu menyewa dan strim Into The Dark - Jilid 1 hingga 5 menerusi Astro Best saluran 481 atau On Demand.

Into the Dark menampilkan 15 filem yang penuh dengan jeritan dan ketakutan khas dari Blumhouse.

Peminat filem seram boleh menyewa dan strim siri menakutkan ini yang telah menghiburkan ramai penonton di Amerika Syarikat, yang kini membuat tayangan perdana di Astro Best, On Demand Store dan Astro GO. Untuk maklumat lanjut, lawati promotions.astro.com.my.

#Filem #Filem #Seram #Horror