Gegar Vaganza 2019 (GV2019) sudah pun melabuhkan tirai setelah berlangsung selama 11 minggu dan tahniah diucapkan kepada pemenang VIP peraduan Uphamol yang menerima layanan kelas pertama ke konsert akhir Gegar Vaganza 2019!

Menerusi peraduan Uphamol yang bertujuan untuk menyelesaikan ‘kisah pening’ ini, pemenang telah dipilih berdasarkan perkongsian kisah pening mereka dan diraikan dengan gilang-gemilang untuk acara tahunan ini.

Apa yang menariknya, pemenang-pemenang bertuah ini dapat melihat acara latihan penuh GV2019 di belakang tabir yang berlangsung sehari sebelum konsert akhir.



Tambah istimewa lagi apabila Uphamol turut menyediakan jurusolek professional untuk memberikan pemenang pengalaman indah ditatarias sebelum berjalan di atas karpet merah.

Apa agaknya perasaan mereka, dapat melihat sendiri persembahan enam bintang beraksi serta kehangatan konsert akhir GV2019 yang telah menobatkan Naqiu Boboy dan Hady Mirza sebagai juara? Pasti teruja!

Layanan VIP mereka tidak terhenti di situ sahaja, mereka turut diiringi oleh limosin mewah ketika pergi dan balik dari konsert ke tempat penginapan mereka di Hotel Concorde, Shah Alam.



Semua ini telah diaturkan khas oleh pihak Uphamol kerana mereka tidak mahu anda pening kepala mencari tiket konsert akhir GV2019.

Penghargaan harus diberikan kepada pasukan Uphamol kerana atas usaha mereka, pemenang dapat merasai layanan mewah seperti ini.



Mari kita saksikan keterujaan dan pengalaman pemenang menikmati setiap detik konsert akhir GV2019.

Siapa kat sini rindu @gegarvaganzaofficial? Ha kalau nak ubat rindu tu sikit, layan la video ni! Mesti korang nak tahu pemenang tiket VIP ke konsert akhir dapat layanan istimewa yang macam mana kan. Video penuh the IGTV?? #uphamol650 #uphamolkanada #satujelega

A post shared by Uphamol Malaysia (@uphamol_official) on