Aplikasi penstriman hiburan popular sooka kini melancarkan promosi jualan besar-besaran akhir tahun bagi setiap langganan pelan VIP sooka, khas buat semua peminat yang inginkan aksi sukan ‘LIVE’ dan hiburan tempatan tanpa henti terus melalui telefon mudah alih, di mana-mana sahaja, tak kira masa.

Menerusi kempen Rancak Fest, penonton boleh nikmati program realiti Gegar Vaganza (GV) musim terbaru.Disiarkan pada hari yang sama dengan siaran langsung, penonton boleh menikmati konsert minggu pertama Gegar Vaganza secara PERCUMA dan episod-episod seterusnya dengan harga yang cukup berbaloi di sepanjang promosi potongan harga sehingga 50% bagi setiap pembelian di web, sehingga 21 Januari 2022.

Bukan sahaja GV8, program-program berbentuk hiburan lain yang boleh ditonton di sooka melalui kempen Rancak Fest adalah Suara Viral 2, PHD Muzik, Anugerah MeleTOP ERA 2021 dan banyak lagi.



Di sepanjang tempoh promosi, semua acara hiburan ini boleh anda langgan menerusi pakej VIP Entertainment dengan harga RM7.95 sahaja setiap bulan.

Di samping program hiburan siaran langsung, anda juga boleh menonton drama-drama dan filem-filem popular kegemaran ramai, dan siri eksklusif dan original tempatan tanpa sebarang gangguan iklan dan boleh diakses terus di mana sahaja anda berada.



Sementara itu, buat penggemar segmen sukan, anda tidak terkecuali untuk menikmati rancangan kegemaran anda menerusi aplikasi Sooka.

Dengan hanya RM20.95/bulan di sepanjang tempoh promosi, anda boleh menonton SECARA LANGSUNG kesemua perlawanan bola English Permier League (EPL), acara bola Piala AFF Suzuki Cup, kejohanan BWF Badminton, kejohanan liga Sepak Takraw (STL), Formula 1, MotoGP dan banyak lagi acara sukan popular tempatan dan antarabangsa apabila melanggan pakej sooka VIP + Sports ini.



Bayangkan tonton acara sukan kegemaran anda secara LIVE tanpa sebarang gangguan iklan, tidak kira di mana anda berada, dan tanpa sebarang kekangan dari segi waktu dan lokasi; memang berbaloi-baloi.

Apa tunggu lagi? Rebutlah peluang untuk melanggan pelan sooka VIP+Sports dan VIP Entertainment dengan potongan harga 50% bagi pembelian di web, dan nikmati pengalaman aksi hebat acara sukan LIVE dan hiburan terkini sepuas-puasnya.

Cepat muat turun aplikasi sooka di App Store dan Google Playstore sekarang, atau layari www.sooka.my untuk melanggan pelan kegemaran anda.