Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tonton Leftenan Adnan 2020 Dalam Versi Yang Lebih Segar!

Asraf Aided
31/08/2020 11:02 MYT
Sudah tentu ramai yang merindui karya Aziz M. Osman, Leftenan Adnan yang telah ditayangkan 20 tahun lalu.

Kini, anda dapat menonton filem ini dengan sentuhan yang lebih segar dan bersesuaian dengan citarasa penonton era 2020.

Leftenan Adnan 2020 telah melalui proses suntingan baru, penambahan 'footage', penambahbaikan VFX/CGI dan skoring muzik terbaru.

Anda boleh menyaksikan filem malar segar versi 2020 ini menerusi langganan dan strim On Demand atau di Astro First saluran 480.

Imbas kembali, filem ini mengisahkan tentang pengorbanan Leftenan Adnan dalam menentang tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Leftenan Adnan menampilkan lakonan hebat dari bintang terkenal seperti Hairie Othman, Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

#Filem #Filem #Leftenan Adnan