Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tonton Liga Perdana Inggeris Dalam Paparan 4K UHD

Rozaimi Zubaidi
13/08/2018 07:17 MYT
Berita baik kepada semua peminat bola apabila anda kini boleh mononton Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2018/2019 dalam paparan 4K UHD.

Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata selaku penyiar rasmi EPL, Astro sekali lagi tampil dengan kelainan apabila menyiarkan siaran langsung EPL dalam paparan 4K UHD.

"Di Astro, kami komited untuk membawa pengalaman tontonan yang lebih baik untuk peminat sukan di Malaysia.

"Oleh itu, kami akan membawakan teknologi terkini, 4K UHD bagi memberi pengalaman tontonan yang hebat untuk pelanggan kami.

"Untuk paparan 4K UHD, terdapat perbezaan yang besar kerana pikselnya hampir empat kali ganda lebih jika dibandingkan dengan HD.

"Jadi penonton dapat melihat visual yang lebih jelas dan palet warna yang lebih baik. Ia seolah-olah mereka berada di stadium ketika menonton perlawanan bola sepak dari kaca televisyen mereka.

Choong Khay berkata demikian ketika ditemui pada majlis totonan pertama 4K UHD di Souled Out, Sri Hartamas, pada Ahad.

Tambah Choong Khay, penyiaran ini hanya boleh didapati di rangkaian rakan niaga F&B Astro seperti Restoran Souled Out buat masa ini dan akan dilancarkan kepada pelanggan Astro pada November depan.

Selain EPL, Astro juga bakal membawakan acara perlumbaan Formula Satu (F1) dan filem-filem pecah panggung dalam versi 4K UHD.

Layari www.astro.com.my/4kuhd untuk butiran lanjut.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#4K UHD #Liga Perdana Inggeris