Buat julung kalinya karakter rubah peramah, Pinkfong dan Baby Shark muncul dengan debut Malaysia pertama mereka berjudul Pinkfong & Baby Shark’s Space Adventure Sing-Along Special.

Filem animasi itu bakal ditayangkan di 34 pawagam GSC Cinemas seluruh Malaysia bermula 19 Disember ini.

Animasi 2D dan 3D itu yang ditayangkan selama 66 minit, menceritakan pengembaraan terbaru Pinkfong dan Baby Shark di angkasa.

Selain itu ia menampilkan 27 video muzik pendek sepanjang perjalanan mereka melintasi galaksi bersama penghuni lain iaitu di Dino Planet, Jungle Planet, Spooky Planet, Game Planet dan Ocean Planet.

Direka oleh SmartStudy Co. Ltd dan diedarkan oleh Astro dengan kerjasama GSC Cinema, animasi ini disiarkan dalam Bahasa Inggeris dengan sari kata Bahasa Melayu.

Pinkfong & Baby Shark’s Space Adventure Sing-Along Special mengisahkan mengenai Pinfong dan Baby Shark yang sedang menikmati perjalanan mereka di angkasa dengan aman.

Namun selepas kapal angkasa mereka secara tidak sengaja bertembung dengan meteorit, bintang istimewa mereka dan satu-satunya objek yang dapat memberi petunjuk untuk mereka pulang ke tempat asal hancur dan berkecai menjadi lima kepingan kecil.

Kedua-dua mereka perlu memulakan perjalanan ke pelbagai planet untuk mencari kepingan kecil bintang yang hilang agar mereka dapat kembali ke tempat asal dengan selamat.

Apakah kesudahannya? Saksikan Pinkfong & Baby Shark’s Space Adventure Sing-Along Special di GSC Cinema seluruh Malaysia mulai 19 Disember 2019.