Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tonton Trailer Train To Busan: Peninsula, Padu & Cukup Mendebarkan!

Azwa Rahman
02/04/2020 10:31 MYT
Filem thriller popular Korea Selatan, Train To Busan bakal kembali ke pawagam dengan sekuel keduanya.

Diberi judul Train To Busan: Peninsula, ia kisah empat tahun kemudian selepas tragedi kereta api dari Seoul ke Busan dilanda serangan zombi.

Menerusi trailer yang baru sahaja dikongsi, mereka yang terselamat memasuki kawasan terbiar demi menyiasat keadaan bandar yang ditakluki oleh zombi.



Filem arahan Yeon Sang Ho ini dibintangi Kang Dong Won, Lee Jung Hyun dan ramai lagi.

Filem ini dijangka berada di pawagam pada bulan Ogos 2020.

Filem pertama Train To Busan yang dikeluarkan pada tahun 2016 cemerlang dengan kutipan berjumlah USD 87 juta (RM359 juta).

Pencapaian hebatnya bukan sahaja tercatat di dalam Korea Selatan sahaja malah turut menjadi filem pecah panggung dunia.

Filem pertama mengisahkan serangan virus yang menjadikan manusia bertukar menjadi zombi.


#Filem Seram #Train To Busan #Peninsula