Hello guys! Dengar-dengar ramai yang dah terkena demam drama Rindu Awak Separuh Nyawa.

Hebat betul penangan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan ini sehinggakan ada netizen marah-marah dek kerana terbawa-bawa emosi dengan watak lakonan mereka.

Tetapi kali ini, Gempak bukan mahu bercerita mengenai drama tersebut sebaliknya ingin berkongsi rezeki dengan peminat Rindu Awak Separuh Nyawa.

Jangan risau, sebenarnya caranya sangat mudah. Tak perlu pening kepala, korang hanya perlu tonton trailer Rindu Awak Separuh Nyawa je.

Sebelum ini dah ada pemenang tau, jadi apa kata korang cuba juga sebab mana tahu rezeki kan.

Kalau nak tahu peraduan menang duit raya ini merupakan kolaborasi antara RASN x Febreze tau. Yes! Ala Febreze, yang boleh wangikan satu rumah tu.

Febreze ni bukan sahaja dapat menghapuskan bau hapak malah boleh membasmi sehingga 99.9% virus dan kuman termasuk dari fabrik yang tebal tau. Ha hebat ke tidak?

Jadi, di sini kami ingin memberikan duit raya untuk peminat setia Rindu Awak Separuh Nyawa.

Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu layari GEMPAK CHOPP.

Gempak Chopp ini merupakan sebuah platform permainan baru di mana peminat dapat bermain permainan yang berkaitan dengan rancangan kegemaran mereka dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Selepas itu korang ikut arahan seperti di bawah:

1. Korang hanya perlu cari 21 produk Febreze dalam video trailer yang disediakan.

2. Korang hanya perlu klik pada setiap satu produk Febreze yang ditemui, lepas tu jawab ke semua enam kuiz yang akan muncul di skrin bila anda klik pada mana-mana produk Febreze.

3. Korang hanya perlu jawab soalan-soalan mudah tentang Febreze dan juga drama Rindu Awak Separuh Nyawa.

4. Jawapan paling tepat dan cepat akan berpeluang menang duit raya yang bernilai sehingga RM10,000!

Layari gempak.com/chopp sekarang untuk maklumat lanjut.

Apa tunggu lagi? Selamat mencuba! Oh! Jangan lupa, stay safe dengan Febreze ya!