Tontonan Adoi Doi Zombi Hampir 400,000 Selepas 5 Hari Dilancarkan, "More Educated Song Please"

Zulaikha Yusof
November 5, 2020 10:38 MYT
Kehebatan Didi & Friends tidak dapat disangkal lagi.
Muzik video lagu Adoi Doi Zombi yang baru dilancarkan pada 1 November telah mendapat sambutan luar biasa.
Ketika artikel ini ditulis, Adoi Doi Zombi sudah mendapat hampir 400,000 iaitu 367, 228 tontonan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata penonton setia menyukai lagu baru ini di samping memuji kebijaksaan seluruh ahli produksi yang terlibat.
"@nurdameafarisya: Yay Didi buat lagu baru.
"@riduan_imanfamily_official: More educated song please.
"@amirunee: Ingat lagu sakitnya kepala panadol tu hahahaha. Kreatif laa team Didi.
"@anisizwani: Ha sudah dah terlekat dalam kepala dah dengar lagu ni.
"@ia_.reen: Didi buat lagu baru," antara komen-komen yang ditulis.
Jangan lupa, musim baru Didi & Friends akan dilancarkan pada 16 November 2020, hari Isnin di Astro Ceria. Rancangan ini akan ditayangkan setiap hari iaitu pada pukul 11 pagi!
#Didi & Friends #Adoi Doi Zombi