Tony Fernandes Letak Jawatan CEO Kumpulan AirAsia X

Gempak
Oktober 31, 2022 20:00 MYT
Tan Sri Tony Francis Fernandes meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa semalam.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Fernandes mempunyai komitmen lain.

Makluman itu tidak memberikan sebarang alasan lain untuk peletakan jawatan tersebut.

AAX melantik semula Fernandes sebagai CEO Kumpulan pada Julai 2022.

BERNAMA

#Air Asia #Tony Fernandes #Tan Sri Tony Fernandes #Letak Jawatan #CEO #Air Asia X #Syarikat Penerbangan #Tan Sri Tony Francis Fernandes