Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tony Fernandes Tayang Tesla Di Instagram, Netizen Mahu Duit Refunds AirAsia Dikembalikan

Gempak
03/09/2021 13:45 MYT
Nampaknya, ramai betul yang tak senang duduk apabila Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes menayang ‘kereta elektrik baharunya’ baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dilakukan di Instagram baru-baru ini, Tony dilihat memperkenalkan kenderaan Tesla model Y berona putih itu sambil memuat naik beberapa keping gambar termasuk gambar swafotonya.

Di ruangan kapsyen, Tony menulis: “Independence day. Going green. No more gasoline. Gone electric. Tesla model Y. Love it.”



Sungguhpun ramai yang terpegun dengan hantaran yang dilakukan oleh Tony, namun, ada segelintir netizen melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan beliau.

Pengguna Instagram dengan nama @theproperty1 meninggalkan komen berbunyi: “Marilah berharap agar semua refunds yang dibuat di AirAsia dapat dibayar semula dengan jayanya.”

Selain itu, pengguna dengan nama @moonshiee766 pula menulis: “Kami pun berharap kamu memulangkan duit kami sepantas kamu memberi reward kepada diri kamu dengan kereta baharu. Buat sesuatu tentang itu Tony.”

Dalam masa yang sama, ada juga segelintir yang menyentuh tentang isu pembayaran gaji pekerja menerusi ruangan komen.

“Pekerja dipotong gaji, bos bersuka-ria hmm dia merupakan ikon,” ujar @alexander.antone pula.



Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian, Tony mengubah kapsyen hantaran tersebut dengan mengatakan kereta berkenaan merupakan kereta sewa sementara komen-komen yang mempersoalkan tentang pemilikan Tesla model Y itu telah dipadam.

Ketika pandemik COVID-19 melanda Malaysia, Tony memutuskan untuk tidak membuang pekerja. Sebaliknya, gaji mereka akan dipotong 15 hingga 75 peratus mengikut pengalaman bekerja. Difahamkan, Tony juga mengaku yang beliau tidak menerima gaji pada waktu itu.

Menerusi carian Gempak, Tesla model Y itu berharga AS$200,000 (RM830,235) seunit.
#Viral #AirAsia #Tony Fernandes #Tesla #Refund
;