Laman Utama

Tony Spider Meninggal Dunia Di Luncai Emas

Maliah Surip
29/06/2021
23:40 MYT
Pemain bass kumpulan terkenal Spider, Tony Iskandar meninggal dunia awal pagi ini.
Allahyarham difahamkan meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M. Nasir di Sungai Buloh. Allahyarham dikatakan sedang menyiapkan album kumpulan Jimbara.
Berita pemergian Tony yang cukup terkenal dengan sifat ramahnya itu juga dikongsikan pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagram sekitar pukul 3 pagi.
"Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu di kalangan orang beriman. Amin,” tulis Along.
Salah seorang teman baiknya yang juga seorang wartawan, Syahril Kadir turut menyampaikan berita duka tersebut melalui hantaran di Facebook miliknya.
"Tony Spider dah tak ada. Sebentar tadi aku macam tak percaya bila dapat tahu dia dah meninggal dunia. Aku cuba call handphonenya. Dijawab seseorang.
"Jenazah Tony kata lelaki itu sedang diuruskan untuk dibawa ke forensik Hospital Sungai Buloh.
"Allah...semoga rohmu dicucuri rahmat. Tenanglah kau di sana sahabatku," tulisnya sekitar tiga jam lalu.
Untuk rekod, Tony merupakan anggota asal kumpulan Spider bersama Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar).
Allahyarham kemudian meninggalkan kumpulan yang pernah memenangi Juara Lagu menerusi Relaku Pujuk itu dan posisinya sebagai pemain bass digantikan oleh Is.
Spider kini dianggotai oleh Tam, Nafie, Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass). Namun demikian hubungan Tony dan anggota kumpulan yang 'dibesarkan' oleh M. Nasir ini tetap akrab.
Al Fatihah dan salam takziah dari Gempak buat seluruh keluarga Tony.
Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
Hiburan

Renjatan Elektrik, Penyanyi Rock Maut Atas Pentas Serta Merta Selepas Peluk Peminat Basah

gempak
20/07/2024
14:20 MYT
Pemuzik dan juga penyanyi rock Brazil, Ayres Sasaki, 35, dilaporkan meninggal dunia semasa melakukan persembahan di Hotel Solar yang terletak di daerah Salinopolis pada Sabtu.