Laman Utama

“This Is Too Much” - Shuhada Saman Netizen! Dakwaan Sengaja Gugurkan Kandungan Melampau

gempak
Mya Amri
01/10/2023
05:05 MYT
Sponsor Banner
“This Is Too Much” - Shuhada Saman Netizen! Dakwaan Sengaja Gugurkan Kandungan Melampau
Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang netizen yang mendakwa dia sengaja mengugurkan kehamilan ketiganya sebelum ini.
Shuhada memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya.
Menurut Shuhada, tuduhan tersebut disifatkan sebagai terlalu melampau.
“Jarang rasa nak buat benda ni, tapi this is too much, i memang akan ambil tindakan yang seterusnya dekat you, tunggu sampai surat saman i,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, pihak Berryshape juga bakal melakukan tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan kerana memfitnah duta produk dan juga jenama mereka.
“Siapa yang cuba menabur fitnah ke atas Shu dan brand kami, pihak HQ tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Beware of your comment dan tuduhan,” maklumnya.
BACA: [VIDEO] Isteri Hafidz Roshdi Alami Keguguran Di Usia Kandungan 14 Minggu - “Shu Memang Tak Dapat Nak Kawal…”
Terdahulu, individu itu itu mendakwa Shuhada sengaja menerima tawaran menjadi duta produk sehingga berlakunya keguguran.
Untuk info, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.
Bagaimanapun Hafidz melafazkan cerai pada 22 Februari 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live