,
Hiburan

Top 10 Astro Bella Jom Kurus Tawan Gua Di Ipoh

Ahmad Shah
28/10/2016
11:54 MYT
Setelah dua peserta tersingkir minggu lalu, Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari (ABJK) kini menyaksikan perjuangan 10 lagi wanita cekal yang mahu mengubah hidup mereka.
Tentunya, cabaran larian LED Night Run yang lalu memberikan kesan di hati mereka kerana percaya atau tidak, ada di antara mereka yang tidak pernah pun melakukan larian sejauh enam kilometer!
Putus asa bukan jawapan terakhir, sebaliknya mereka perlu meneruskan perjalanan menuju puncak keazaman mereka.
Minggu ini, tentunya ketiga-tiga jurulatih iaitu Coach Faiz, Coach Nana dan Coach Syahril menghadapi tugasan yang lebih besar dalam memastikan kesemua peserta yang masih bertahan terus bermotivasi mencapai misi mereka untuk menurunkan berat badan di samping mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih sihat.
Persaingan merebut gelaran juara serta wang tunai RM 30,000 semakin sengit apabila setiap dari wanita ini punyai sebab dan alasan tersendiri mengapa mereka masih mahu meneruskan perjuangan!
Selain senaman serta latihan kecergasan mingguan di Anytime Fitness, nampaknya minggu ini mereka semua diuji dengan cabaran yang lebih hebat. Kesemua 10 peserta dibawa ke X-Camp Ipoh, Perak bagi menjalani cabaran luar yang seterusnya iaitu aktiviti berbasikal X-treme.
Mereka juga turut menjelajah gua batu kapur sejauh lebih satu kilometer, demi mengatasi fobia dan juga menguji kemampuan diri. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana setiap pasukan perlu melengkapkan satu siri litar perlumbaan dengan menggunakan basikal khas!
Menariknya lagi, litar ini bukanlah laluan biasa. Setiap dari peserta perlu mengharungi permukaan tanah yang tidak rata, melepasi halangan yang sangat mencabar serta dalam masa yang sama, berperang dengan diri sendiri, untuk tidak putus asa dan menamatkan cabaran dengan jaya!
Demi memastikan keberkesanan aktiviti ini, kadar denyutan jantung serta jumlah kalori yang dibakar mereka akan dapat diketahui menggunakan fungsi jam Garmin yang dipakai para peserta.
Usai cabaran berbasikal, mereka akan mengharungi Six Miles Tunnel yang merupakan laluan askar komunis suatu ketika dahulu. Berbekalkan hanya lampu suluh, mereka perlu melalui gua yang cukup gelap dan sempit, di mana mereka perlu mengumpul beberapa klu rahsia yang diletakkan di sepanjang perjalanan di dalam gua itu.
Dalam kekurangan cahaya, ditambah pula dengan bunyi kelawar yang berterbangan serta kemungkinan diserang klaustrofobia, para peserta ABJK Cabaran 60 hari tetap cekal meneruskan cabaran. Di sini, semangat kerjasama dan kemahiran komunikasi antara mereka diuji.
Mereka perlu peka dan saling membantu bagi menyelesaikan segala klu yang akhirnya akan menentukan kemenangan pasukan mereka. Yang pasti, di akhir rancangan akan ada peserta yang tersingkir!
Impian siapakah yang akan terhenti dan siapa pula yang bakal menyinar? Saksikan episod ketiga Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari malam ini, jam 9 malam hanya di Astro Bella, saluran 133 dan Astro Mustika HD, saluran 134!
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Menang Program Retreat Di Lost World Of Tambun Dengan Astro Bella Jom Kurus

gempak
22/12/2015
05:30 MYT
Anmum