Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Top Up Beli Eye Mo Lebih Sis” - Sarah Yasmine Sindir Ruhainies Lagi?

Umirah Halim
07/07/2024 01:07 MYT
Selepas mencetuskan kegemparan seantero Malaya gara-gara pengakuan sebagai kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat wanita bernama Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.

Terbaharu, Sarah telah memuat naik video yang memaparkan temu bual aktres sensasi Ruhainies bersama pihak media.

Ruhainies suka tipu orang ramai?


Menerusi hantaran yang itu, Sarah terlihat seakan menyindir tindakan Ruhainies yang didakwa suka memanipulasi dan menipu orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

“Itu sebab lain kali top up beli Eye Mo lebih sis. Aku dari tak nak bilang cara kau manipulate dan tipu kat aku macam mana, end up kan satu dunia dah nampak kau punya tahap tipu macam mana lol. Now this is why I hate this bitch,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Bukan itu sahaja, menerusi ruangan komen ada juga netizen yang mempersoalkan tentang keberanian wanita tersebut yang dikatakan tidak takut disaman.

A post shared by Sarah Yasmine (@sarahyasminekh)

“Sarah tak takut ke kena saman?,” soal salah seorang netizen.

“Korang jangan lupa ye, dia send tu voice note, fitnah sarah publicly by saying Sarah letak dadah dalam air tu sebab Sarah dapat tu screenshots semua jadi iya, dia boleh cuba, kebenaran akan pasti menang,” balas Sarah.

​ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Mahu Berehat Dari Segi Mental & Emosi - “Kadang-Kadang Orang Kata Konon Macam Kitalah Yang Terpaling Sedih…”
ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Jawab Dakwaan Tanggung Aliff Aziz Selepas Jadi Duda - “Takkanlah Duit Dia Cepat Habis…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”

Setakat artikel ini ditulis bagaimanapun tiada lagi sebarang respons yang diberikan daripada Ruhainies mengenai hantaran ini.

Terdahulu, Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz.

Dia berani berbuat demikian kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu.

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa Ruhainies menghasut Aliff demi menjatuhkan isteri sendiri iaitu Bella Astillah.

Selain itu, ramai juga yang terpalit dengan kontroversi ini setelah dipetik nama menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi oleh Sarah termasuk Caprice, Emma Maembong dan Chaca Maembong dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Jawab Dakwaan Tanggung Aliff Aziz Selepas Jadi Duda - “Takkanlah Duit Dia Cepat Habis…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Datang Mahkamah Senyum Lebar Pun Salah! - "Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera"

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Curang #Penyondol #Sindir #Sarah Yasmine #eye more