gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nabila Razali & Jack Tan Bersatu Dalam Siri Drama Menyentuh Hati, Senyuman
HIBURAN
Tori Spelling Dakwa Anjing Makan Jari Kaki Sewaktu Menginap Di Hotel Mewah
HIBURAN
Afgan Dedah Tunai Haji Pada Usia 35 Tahun Untuk ‘Pecahkan’ Ego Super Star
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tori Spelling Dakwa Anjing Makan Jari Kaki Sewaktu Menginap Di Hotel Mewah

Maliah Surip
Maliah Surip
07/08/2025
14:50 MYT
Sponsor Banner
Tori Spelling Dakwa Anjing Makan Jari Kaki Sewaktu Menginap Di Hotel Mewah
Pelakon Beverly Hills, 90210, Tori Spelling berkongsi kisah seram dan aneh sewaktu menginap di sebuah hotel di Toronto bersama bekas suami, Dean McDermott dan anjing kesayangan mereka, Musso.
Menurut Spelling, mereka menginap di sebuah hotel yang disifatkan sebagai mewah dan cantik berciri Victorian kerana mempunyai dua hari waktu rehat sewaktu menjalani penggambaran di sana.
Tiada apa yang pelik dan aneh sehingga mereka membuat pesanan makan di bilik apabila mereka terjumpa jari kaki manusia.
“Saya, Dermott dan Musso menginap di sebuah hotel berprestij dan cantik selepas penat bekerja.
“Jadi kami memutuskan untuk memesan makanan ke bilik sambil menonton televisyen.
“Dan apa yang mengejutkan kami telah menemui jari kaki manusia!,” ujarnya seperti dilaporkan People.
Penemuan jari kaki tersebut dimulai dengan pasangan tersebut mahu melihat makanan yang dimakan oleh anjing mereka di hujung katil.
“Sewaktu kami menikmati makanan dan menonton tv, kami melihat Musso di hujung katil seperti sedang mengunyah sesuatu.
“Kami berfikir apa yang Musso makan? Adakah Musso makan tulang dan dari mana dapat jika ya?
“Jadi saya pergi dan melihat mulut Musso. Saya keluarkan makanan yang sedang dikunyah.
“Ia adalah jari kaki manusia! Dan paling mengerikan ia kelihatan masih seperti baru dipotong,” dakwa Spelling.
Dia juga mengatakan masih ingat dengan jelas bentuk jari kaki yang terpotong tersebut.
“Jari kaki itu sebesar jari kaki lelaki dan ia belum mereput,” katanya lagi.
Mereka kemudian memaklumkan insiden tersebut kepada pihak hotel. Namun hal yang mengejutkan mereka menerima reaksi yang sangat santai.
“Mereka hanya kata ‘maafkan kami’,” katanya yang tidak mahu kembali ke hotel tersebut selepas kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Anjing
#Jari
#Hotel
#Tori Spelling
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement