Pasangan selebriti Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob tampil memberi bantuan barangan kelengkapan penting di Hospital Selayang.

Usaha tersebut dikongsi Mawar menerusi beberapa video dan gambar di posting Instagramnya, semalam.

“Saya sangat bangga dengan kamu rakyat Malaysia.

“Syukur Alhamdulillah. Total pengumpulan daripada sumbangan rakyat malaysia kami berjaya kumpul sebanyak RM91,400.

“Menjadikan total sumbangan sebanyak RM114,400. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Jelasnya, dengan wang sumbangan itu, mereka dapat membantu hospital dengan membeli beberapa kelengkapan yang amat diperlukan.

“Ini termasuklah satu unit baby warmer, satu unit lifting trolley, tiga unit oxygen concentrator, lima unit pulse oximeter, empat unit portable screen, 20 unit double sided magnetic standing whiteboard, 10 unit portable table dan 15 unit tong oksigen,” katanya.

Tambahnya, dia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan artis yang sama bantu mengumpul dana tersebut.

“Terima kasih Zoey Rahman, Zarina Anjoulie, Eyra Hazal dan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat malaysia yang beri sumbangan untuk kite support barang keperluan hospital.

“Semoga kita semua diberi rahmat dan perlindungan oleh-Nya,” katanya.

Difahamkan segala kelengkapan ini juga mampu membantu kanak-kanak pra matang di hospital berkenaan.

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)