VIRAL
Tragedi Arwah Adik Zara Dapat Perhatian Luar Negara, Peminat Liverpool Angkat Plakat #JusticeForZara Di Anfield
Tidak hanya di Malaysia, semangat solidariti untuk mendapatkan keadilan buat adik Zara Qairina Mahathir, yang meninggal dunia 16 Julai lalu mendapat perhatian di luar negara.
Menerusi foto tular di media sosial, penyokong dari Malaysia, Joshua Raj, yang hadir ke perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Liverpool dan Bournemouth baru-baru ini telah mengangkat plakad bertulis '#JUSTICEFORZARA' di Anfield.
Aksi spontan itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial dan netizen menyifatkan ia sebagai satu penghormatan besar buat pelajar tingkatan satu dari Sabah itu.
Selain itu, kesedaran mengenai kes tersebut juga turut dikongsikan peminat bola sepak kerana sejak permulaan saingan Liga Super 2025/26, kelihatan kain rentang dipasang di stadium berserta mesej yang menuntut keadilan atas pemergian arwah.
Perkara itu jelas menunjukkan bahawa semua lapisan masyarakat berhak mengetahui insiden sebenar yang menimpa remaja tersebut.
Terdahulu, Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada jam 4 pagi.
Pada 8 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa kubur Zara Qairina, perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.
Seluruh negara meratapi pemergian Zara dan himpunan solidariti diadakan di beberapa kawasan termasuk Sungai Petani, Kedah, Kelantan dan Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah.
#JusticeForZara di Liverpool