Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tragedi Christchurch: Mohd Haziq Sah Terkorban

Kamaruddin Razal
20/03/2019 23:18 MYT
Muhammad Haziq Mohd Tarmizi disahkan antara 50 mangsa yang maut dalam serangan
pengganas di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.

Pengesahan dibuat oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan media pagi ini.

Muhammad Haziq, 17 tahun, adalah anak Mohd Tarmizi Shuib, 46, seorang rakyat Malaysia
yang turut cedera dalam serangan tersebut.

Rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar,
46, dan Rahimi Ahmad, 39.

Sebelum ini, kematian Muhammad Haziq dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan
Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.



Namun Wisma Putra dalam kenyataan susulan berkata, ia hanya akan membuat pengesahan
selepas pihak berkuasa New Zealand membuat kenyataan rasmi.

Sumber: Astro Awani
#Berita #Tragedi Christchurch