Artis Korea

Tragedi Halloween Itaewon: Seorang Rakyat Malaysia Cedera, Kini Stabil

Mya Amri
02/11/2022
13:00 MYT
Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea Sabtu lalu.
Namun, terdapat seorang warganegara yang dilaporkan cedera telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubungi rakyat Malaysia itu bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Selain itu, pihak Kedutaan juga telah menghulurkan bantuan konsular termasuk memudah cara urusan perjalanan kedua-dua ibu dan bapa beliau ke Korea Selatan.
Kedutaan dalam pada masa sama akan terus memantau insiden tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaan dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul melalui telefon: 00(822) 795 9203 / 2077 8600, +82 010 8974 8699 atau e-mel kepada [email protected].
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dirawat Di Singapura Akibat Kemalangan, Pemuda Asal Malaysia Perlu Bantuan Lunas Bil Hospital RM16K

gempak
15/02/2024
02:55 MYT
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa memohon bantuan kewangan selepas dia mengalami kemalangan di republik itu pada 9 Januari lalu
Laman Utama

Insiden Bom Landasan Kereta Api Hatyai-Padang Besar, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

gempak
03/12/2022
21:34 MYT
Mesti panik tiba-tiba kena bom!
Laman Utama

Tragedi Halloween Itaewon; Pegawai Polis Dalam Siasatan Ditemui Mati

gempak
12/11/2022
05:35 MYT
Ditemui mati di rumahnya disyaki akibat membunuh diri.
Laman Utama

Itaewon, Pusat Muslim & Lokasi Drama Itaewon Class Yang Ditimpa Tragedi Halloween

gempak
31/10/2022
12:40 MYT
Korea Selatan, khususnya Itaewon sedang menjadi perhatian dunia kerana insiden perayaan Halloween yang mengorbankan lebih 150 nyawa dengan puluhan lainnya cedera.
Artis Korea

Tragedi Halloween Itaewon, Pelakon Korea Dilapor Meninggal Dunia

gempak
30/10/2022
20:30 MYT
Takziah buat keluarga...