Tragedi KRI Nanggala 402: Netizen Sebak Lihat Video Terakhir… Seperti Ada Firasat, Anak Enggan Lepaskan Bapa Bertugas

Mya Amri
April 25, 2021 00:50 MYT
Netizen tidak dapat menahan sebak apabila melihat sebuah video tular seorang kru kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402, Leftenan Satu Imam Adi bersama anaknya.
Video terakhir itu merakamkan momen Imam Adi yang sedang bersiap untuk keluar bertugas namun ditahan oleh anaknya.
Seolah-olah dapat merasai itu merupakan pertemuan terakhir, anak kecil itu juga dilihat menangis dan mengunci pintu bilik tidak membenarkan bapanya keluar ke mana-mana.
Menerusi ruangan komen hantaran rakaman pendek video berkenaan yang dikongsi oleh @isfadiah, rata-rata netizen tidak dapat menahan tangisan selepas menonton momen berharga itu.
KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi, Rabu, ketika menjalani misi latihan tembakan torpedo.
Ketika kejadian, kapal selam KRI Nanggala 402 buatan Jerman tahun 1978 itu, membawa 53 kru.
Beberapa negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit.
Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana Yudo Margono mengesahkan bahawa pasukan mencari dan menyelamat KRI Nanggala-402 telah menemukan serpihan yang diyakini berasal dari kapal selam berkenaan.
Antara yang ditemukan, pelurus tabung peluru torpedo, paip pendingin serta botol berwarna oren mengandungi minyak pelincir kapal selam terbabit.
Turut dijumpai sejadah dipercayai milik kru.
#Indonesia #. #Tular #Tragedi #Video Tular #KRI Nanggala 402 #Anak Tak Bagi Bapa Keluar Kerja #Kapal Selam #Kapal Selam Hilang #Leftenan Satu Imam Adi #Tragedi KRI Nanggala 402 #Video Terakhir