HOLLYWOOD
Trailer Rasmi Frozen 2 Trending Di Youtube Selepas Sehari Dilancarkan…Fuhh!
Pada Selasa lalu, Disney, telah melancarkan trailer rasmi filem animasi paling di nanti iaitu Frozen 2.
Dalam trailer berdurasi 1 minit 53 saat itu, Anna (Kristen Bell) dan Elsa (Idina Menzel) bersatu semula untuk satu pengembaraan jauh dari Arendelle, ke satu destinasi yang tidak diketahui.
Kristoff (Jonathan Groff) dan Olaf (Josh Gad) juga turut serta dalam pengembaraan itu, selain beberapa watak baharu yang lain.
Arendelle dipaparkan sekali lagi berada dalam bahaya.
Melalui trailer ini juga, nampaknya akan merungkai ‘misteri’ Elsa memiliki kuasa magik. Adakah kuasa magik Elsa akan mengancam negaranya sekali lagi?
Apakah kesudahan penggembaraan Elsa, Anna, Kristoff, Olaf dan Sven? Tonton trailer ini sementara menantikan filem ini ditayangkan pada 22 November 2019 ini.
Pastinya filem ini akan memberikan keterujaan buat kanak-anak anda.
Filem pertama Frozen yang diterbitkan pada 2013 meraih kutipan lebih AS$1 bilion di seluruh dunia, selain turut menerima pencalonan Oscar untuk kategori Animasi Terbaik dan Lagu Asal Terbaik untuk "Let It Go."
Pada tahun 2018, filem itu diadaptasi ke pentas muzikal Broadway.