Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Transformasi Bandar Pintar & Ekonomi Digital, Ini Sebab Anda Harus Hadir Ke SDEC 2022

Mya Amri
30/09/2022 11:06 MYT
Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2022 kini kembali lagi.

Konvensyen yang dihoskan kerajaan negeri Selangor dan dianjurkan oleh Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) ini bertujuan untuk mendalami mekanisme bandar pintar termasuk ekonomi digital sedia ada dan akan datang.

Menariknya lagi, acara ini menghimpunkan peneraju industri, ahli akademik, PKS, pemain dari sektor awam dan juga swasta.

Penganjuran kali ke-7 ini juga diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022.

Konvensyen kali ini juga turut menampilkan ucaptama daripada panelis berpengalaman di peringkat tempatan dan antarabangsa.


Mengangkat tema Sustainable Digitalisation Towards a Net-Zero Future, kami kongsikan lima sebab mengapa anda harus hadir ke SDEC 2022.

#1 Persidangan Bandar Pintar Asia
#2 Persidangan Digitalisasi PKS Selangor
#3 Hari Demo Selangor Fashion Accelerator
#4 Festival Livestream
#5 Pameran



Inilah masanya anda melibatkan diri, mendalami, berkongsi pendapat dengan pemain industri tempatan tentang pembangunan ekosistem digitalisasi yang sedia ada untuk membina masa hadapan.



Konvensyen ini akan berlangsung selama empat hari bermula 6 hingga 9 Oktober, 10 pagi hingga 6 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


Jadi kepada peneraju, pemain industri dan juga pihak yang berkaitan dengan industri ekonomi digital, jangan lepaskan peluang anda untuk hadir dan sertai SDEC 2022 ini.

Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan pas masuk, sila layari SDEC 2022.

#Advertorial #Transformasi #Ekonomi Digital #Bandar Pintar #SDEC 2022 #Transformasi Bandar Pintar