Laman Utama
Trauma Dipukul Rizky, Lesti Kejora Tak Balik Ke Rumah Selepas Dibenarkan Pulang Dari Hospital
Selebriti Indonesia, Lesti Kejora disahkan sudah pulang dari hospital setelah menjalani rawatan selama beberapa hari selepas mengalami kecederaan akibat keganasan rumah tangga.
Namun Lesti dilaporkan Detik.com tidak mahu pulang ke rumah sebaliknya berada di tempat yang lebih selamat.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Kombes Pol E Zulpan, Kabid Humas Polda Metro Jaya,
Lesti kini trauma dipukul Rizky Billar.
“Dia tidak mahu berada dalam satu rumah dengan Rizky. Dia kini berada di tempat yang tidak perlu saya beritahu tetapi yang pasti di tempat yang dia rasa selamat,” katanya.
Mengenai kes mereka, kini polis masih memeriksa tiga orang saksi berkaitan kes keganasan rumah tangga yang berlaku kepada penyanyi itu.
Malah polis juga sedang menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediaman mereka.
Sumber: Detik.com