Seorang lelaki mengeluarkan saman kepada wanita yang dikenali sejak tahun 2016 kerana tidak membalas cintanya.
Dikenali sebagai K. Kawshigan, lelaki tersebut telah memfailkan dua saman terhadap wanita bernama Nora Tan.
Salah satu saman tersebut berjumlah RM9.7 juta kerana berasa dirinya mengalami trauma selepas Nora tidak lagi mahu berkawan baik dengannya sekaligus membuat reputasinya tercalar.
Menurut laporan Independent.uk yang mengulang berita dari akhbar Singapura, The Straits Times, Kawshigan juga mendakwa Nora telah ‘melanggar perjanjian’ persahabatan. Hal itu membuatkan dia tidak lagi dapat memberi fokus terhadap kehidupan dan pekerjaan kerana trauma ‘ditinggalkan’.
Laporan sama mendakwa Kawshigan berkenalan dengan Nora pada 2016 sebelum menganggap wanita itu sebagai kekasihnya pada 2000.
Namun, Nora tidak pernah menganggap lelaki tersebut sebagai kekasih, melainkan sahabat baiknya.
Sebelum disaman, Nora mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Kawshigan kerana berpendapat dia tidak dapat menerima hakikat mereka bukan pasangan kekasih atau akan menjadi suami isteri.
Sebulan kemudian, Kawshigan telah menghantar surat dan mengugut untuk memfailkan saman kepadanya kerana telah mengenepikan perasaan sekaligus membuat emosinya terganggu serta beberapa fitnah lainnya.
Walaupun sudah cuba memujuk Kawshigan, Nora gagal membuat demikian kerana lelaki itu mahu bertemu dengannya. Namun pihak kaunselor berjaya memujuk Nora untuk mengikuti sesi pertemuan dengan Kawshigan.
Nora kemudian berhenti mengikuti terapi bersama kerana berasa lelaki tersebut berlebihan dan telah menganggu kehidupannya.
Dia juga memfailkan saman terhadap Kawshigan pada April 2022 atas dakwaan diganggu.
Tidak berpuas hati, Kawshigan memfailkan tuntunan saman kepada Nora pada bulan Julai lalu.
Selain saman bernilai RM9.7 juta, Nora juga disaman sebanyak RM72 ribu pada Ogos.
Kes mereka akan didengar di mahkamah pada 9 Februari ini.
Amri Hassan
Sat Feb 04 2023


“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.

"Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50” - Hafidz Roshdi
Semoga dipermudahkan

Pasang Impian Jadi Penari Balet & Bekas Juara Miss Malaysia, Jom Semak Fakta Menarik Tentang Michelle Yeoh, Pelakon Asia Pertama Menang Oscar!
Hebat!

Banyakkan Pahala Ramadan Ini Dengan Menderma Pada Yang Memerlukan, Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq
Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq

“Saya Mahu Berjumpa, Tapi Dia Tolak” - Aaron Aziz Sedia Berdamai Dengan Syamsul Yusof
Semoga dipermudahkan

Keluarga Reda… Abang Stacy Meninggal Dunia
Takziah buat keluarga Stacy...

Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...

“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Tiada rezeki Adi kali ini

"Hubungan Juga Sudah Tidak Baik" - Peguam Jelaskan Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Penjelasan peguam mewakili Diana.