Penyanyi Nourul Depp, akui berasa sedikit trauma selepas bebas daripada virus COVID-19.

Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Nourul mengatakan perasaan itu merupakan salah satu kesan selepas mengharungi virus tersebut.

“Trauma semacam lepas kena covid ni. Takut nak peluk sebab takut infect orang lain. Ini lah salah satu kesan selain low blood pressure atau kesan lain.

“Kesan di mental itu yang teruk. Itu yang kena heal sekarang. Terfikir dengan semua orang yang kena. Betapa terjejasnya pemikiran.

Be strong. Bangkit. Sekarang ini dah lebih kuat sebab dah kena sekali. Badan dah kenal virus dan jadi lebih kuat,” tulisnya.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya yang pernah dijangkiti COVID-19 bersetuju dengan Nourul.


Selain Nourul, suaminya Eric Depp juga merupakan bekas pesakit COVID-19.