Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Trauma Suami Pedofilia, Wanita Ini Ambil Keputusan Gugurkan Anak Dalam Kandungan

Firdaus
15/05/2024 09:25 MYT
Seorang pendengar Radio Zayan baru-baru ini berkongsi kisah traumatik dan menyedihkan dalam hidupnya di mana wanita itu mendakwa bahawa suaminya merupakan seorang pedofilia.

"Saya dapat tahu yang suami saya seorang pedofilia...

Menurut wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak itu, dirinya mengetahui tentang sifat keji suaminya selepas anak pertamanya mengadu tentang perbuatan terkutuk yang dilakukan.

"Anak saya ada dua orang, penghujung tahun 2021 tu saya disahkan mengandung anak ketiga. Jadi dalam tahun yang sama itu berlaku satu trauma besar dalam hidup saya.

"Anak pertama saya perempuan bagi tahu sesuatu perkara yang mengejutkan saya yang mana saya dapat tahu yang suami saya seorang pedofilia," katanya.

Ambil Keputusan Gugurkan Anak

Kongsi wanita itu lagi, sikap 'haruan makan anak' suaminya tersebut membuatkan dirinya trauma sehingga mengambil keputusan drastik menggugurkan anak ketiga yang berada dalam kandungannya.

"Saya dapat trauma yang besar dalam hidup saya, saya ambil keputusan untuk tak nak ada anak dah. Saya jumpa doktor saya, doktor saya nasihatkan supaya gugurkan kandungan.

"Masa saya dapat tahu tu kandungan saya baru dua minggu, dalam keadaan tertekan masa itu saya ambil keputusan untuk terus gugurkan kandungan itu," luahnya.

Masih Bersama Suami

Bercerita lebih lanjut, wanita berkenaan bagaimanapun mendedahkan dirinya masih lagi bersama suami setelah perbincangan yang dilakukan dengan ahli keluarga.

"Bila berlaku perkara-perkara macam tu, saya berbincang dengan keluarga, suami saya bukan seorang yang jahat. Dia tak pernah abaikan nafkah atau tanggungjawab tak pernah.

"Bila berlaku masalah macam ni saya bersetuju dengan keluarga untuk bagi rawatan dekat suami nak pastikan dia berubah," kongsinya.

BERITA TRENDING: Guna Taktik Kopi Campur Racun Tikus, Wanita Ditahan Polis Cuba Bunuh Anak Tiri

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)


Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih 10,000 tanda suka di platform Instagram.

Sumber: Instagram Zayan
#Viral #Anak #Radio #Suami #Isteri #Tular #Fynn Jamal #Faizal Ismail #Zayan #Gugur #Pedofilia
;