Laman Utama

#TravelMana: 5 Sebab Korang Perlu Singgah Dream Forest Langkawi… No. 3 Tu Paling Best!

gempak
Izwan Isa
23/06/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: 5 Sebab Korang Perlu Singgah Dream Forest Langkawi… No. 3 Tu Paling Best!
Sejak kecil, kita sering didedahkan dengan kisah-kisah dongeng dari seluruh Nusantara. Selain apa yang terpapar di televisyen, kisah dongeng yang kerap didengar turut disampaikan menerusi penceritaan ibu bapa atau nenek moyang kita.
Namun, apa yang anda boleh bayangkan jika elemen penceritaan tersebut diterjemahkan dalam bentuk ‘immersive’ dan ditemani oleh pencahayaan, audio dan visual berkualiti tinggi pada waktu malam?
Sudah tentulah penceritaan kisah dongeng berkenaan menjadi lebih menarik dan dapat dinikmati dengan lebih dekat.
BACA: #TravelMana: Kenali 6 Jurufoto Hebat, Papar Keindahan Destinasi Tersembunyi & Rare Dalam Unseen Singapore
BACA: #TravelMana: Pemuda Ini Sanggup Terbang Ke Jakarta Untuk Pengalaman Dikejar Zombi ‘Train To Busan’, Memang Seram!
Hal ini yang diusahakan oleh Enfiniti Interactive Xperiences menerusi Dream Forest Langkawi yang baru sahaja dibuka kepada orang ramai baru-baru ini. Bertempat di Lubuk Semilang, Pulau Langkawi, Dream Forest merupakan tarikan waktu malam baharu yang bakal memberikan pengalaman berbeza untuk pengunjung.
Dibawa terbang ke Pulau Langkawi oleh Enfiniti dengan MyAirlines Sabtu lalu, berikut merupakan lima sebab kenapa anda perlu melawat Dream Forest Langkawi:
1. Tiga cerita dongeng utama Sesampainya anda di Dream Forest, anda bakal disambut oleh tiga cerita dongeng Kedah seperti Legenda Tasik Dayang Bunting, Legenda Merong Mahawangsa dan Legenda Gergasi Langkawi. Cerita-cerita ini dipersembahkan secara immersive, sepanjang perjalanan pengunjung di dalam Dream Forest.
2. Lampu dan ritma audio Penjelajahan anda ketika berada di Dream Forest tidak keseorangan. Selain ditemani pengunjung lain dan juga penceritaan, penjelajahan Dream Forest turut dilimpahkan dengan lampu-lampu terang, bunyi-bunyian dan juga visual animasi yang dipancarkan seiring jalan penceritaan.
3. Sejuk! Sungguhpun Dream Forest terletak dalam hutan belantara, namun, suasana sepanjang penjelajahan cukup sejuk dan dingin, sesuai untuk pencinta hutan yang mungkin inginkan sedikit kelainan dan lari daripada kesibukan banda serta kota.
4. Pengalaman indah Menurut Presiden dan Ketua Pencipta Impian Kumpulan Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina: “Setiap orang mempunyai cerita tersendiri yang boleh dikongsikan menerusi medium berbeza, begitu juga dengan tempat. Projek ini merupakan satu pengalaman indah buat saya bersama Group Enfiniti.
Saya percaya bahawa dengan kerjasama utuh untuk mencipta dan membangunkan tarikan menarik, Langkawi berpotensi untuk menjadi salah satu destinasi pelancongan paling popular di rantau ini. Diharapkan Dream Forest Langkawi akan menjadi batu loncatan untuk lebih banyak Dream Forest dengan konsep pemasangan serta pengalaman mendalam yang serupa di seluruh Malaysia serta kawasan serantau,” katanya.
5. Harga berpatutan Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman immersive penceritaan dongeng legenda, Dream Forest Langkawi dibuka dari pukul 7 hingga 12 tengah malam setiap hari, kecuali hari Rabu.
Harga tiket: Rakyat Malaysia - RM68 dewasa, RM48 kanak-kanak, RM28 warga emas Bukan Warganegara - RM98 dewasa, RM68 kanak-kanak, RM38 warga emas Warga Langkawi - RM38 dewasa, RM28 kanak-kanak, RM 28 warga emas
Khusus untuk promosi pembukaan sehingga 30 Jun ini, harga seperti berikut: RM60 dewasa, RM30 kanak-kanak, RM30 warga emas
Layari laman web: https://dreamforest.com.my/ untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024