Sekian lama menanti, tiba masanya Taman Tema Indoor Genting SkyWorld akan membuka pintu utamanya kepada pengunjung pada suku kedua tahun 2021.

Berdepan pandemik COVID-19, taman tema yang sepatutnya sudah siap ini kini berada di fasa akhir pembinaannya.

Apabila siap sahaja nanti, Genting SkyWorld akan menawarkan 26 taman tema yang berbeza yang pastinya memberikan pengalaman yang hebat buat pengunjung.

Terbaharu, Ketua Taman Tema dan Pengalaman (Head of Theme Parks & Experience), Resort World Genting, Greg Pearn berkongsi foto-foto sekitar taman tema itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.









Antara permainan baru yang bakal menjadi tumpuan ramai ialah Mad Ramp Peak-Full Throttle Racing di Dynamics Attractions, Dark Ride di Night at Museum: Midnight Mayhem, ride Invasion of The Planet of The Apes dan zon Ice Age: Expedition Thin Ice.

Selain permainan ride seperti roller coaster, taman tema ini turut mempunyai banyak permainan indoor baharu yang pasti menyeronokkan.

Di samping itu, terdapat juga zon lain yang cukup menarik seperti Eagle Mountain, Central Park, Robots Rivet Town Studio Place, Epic, Rio dan Liberty Lane.

Malah bukan sahaja taman tema kering, water rides juga disediakan untuk penggemar taman tema air.

Tidak hanya permainan, restoran bertema turut disediakan kepada pengunjung.

Bila tarikh pembukaannya, masih belum didedahkan cuma apa yang pasti, semoga kita semua boleh merasai pengalaman menarik yang sudah lama kita nantikan ini.



Kredit Foto: FB Jalan-Jalan Cuti Santai