,
Laman Utama

#TravelMana: Anda Ada Plan Bercuti Ke Pulau Pangkor? Hati-Hati Dengan Obor-Obor Beracun!

Azwa Rahman
21/08/2022
07:33 MYT
Jika anda mempunyai perancangan untuk bercuti di Pulau Pangkor, Perak dalam masa terdekat ini, anda dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan kehadiran obor-obor beracun di Pantai Teluk Nipah yang menjadi antara lokasi tumpuan pelancong jika berkunjung ke pulau peranginan tersebut.
Hal ini berikutan pada Isnin lalu, media tempatan melaporkan seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis meninggal dunia selepas terkena sengatan obor-obor ketika mandi di Pantai Teluk Nipah.
Jika anda menemui obor-obor di pantai berkenaan atau sekitarnya, anda diminta untuk memaklumkan kepada Jabatan Perikanan Perak.
Caranya adalah dengan anda mengambil gambar serta memberikan maklumat itu kepada Jabatan Perikanan Perak supaya pihak mereka dapat mengenal pasti spesies obor-obor terbabit.
Bagaimanapun mengikut pihak berwajib, setakat ini, pemantauan di lokasi kejadian, tidak menemui penampakan obor-obor beracun dan berbahaya seperti dilaporkan media, membabitkan kematian seorang kanak-kanak warga Perancis berusia lima tahun.
Buat masa ini, Jabatan Perikanan tidak dapat mengenal pasti spesies obor-obor yang ada di pantai terbabit kerana ketika tinjauan diadakan pada Rabu, tiada penampakan hidupan itu.
Namun Jabatan Perikanan akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan supaya dapat meletakkan papan tanda mengenai kehadiran obor-obor yang berbahaya.
Selain itu, pengunjung juga diminta untuk lebih berhati-hati ketika mandi dan tidak menyentuh sebarang jenis obor-obor di laut.
Dalam kejadian menyayat hati Isnin lalu, kanak-kanak berusia lima tahun itu dan keluarganya pergi ke pantai tersebut kira-kira jam 6.15 petang untuk mandi setelah mendaftar di sebuah hotel di pulau peranginan itu.
Kira-kira 30 minit kemudian, kanak-kanak tersebut menjerit seperti di dalam kesakitan dan meminta tolong
Orang awam yang ada berhampiran dengan kanak-kanak itu datang dan membawa mangsa ke tepi pantai dan mendapati dia telah terkena sengatan obor-obor.
Kanak-kanak itu kemudian disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Wad Kecemasan Klinik Kesihatan Pangkor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

"Makin Ramai Yang Melancong, Termasuk Destinasi Dekat" - Agensi Pelancongan Optimis Prospek Industri Pelancongan Malaysia, Teruskan Tradisi Cabutan Bertuah Pelanggan Setia

gempak
28/10/2024
15:08 MYT
Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel & Tours, Mohammad Adam Jalalel Din optimis dengan perkembangan industri pelancongan di Malaysia.
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Wat Uthissak Thammo Jadi Tarikan Pelancong, Lokasi Penggambaran Pengantin

gempak
11/08/2024
18:55 MYT
Selain menjadi tarikan penganut Buddha, Wat Uthissak Thammo Wararam iaitu wat Buddha tunggal di Gua Musang turut menarik tumpuan pelancong dalam dan luar negara terutama ketika musim perayaan.
Berita

#TRAVELMANA: Kelantan Optimis Capai Sasaran 2.5 Juta Pengunjung Tahun Ini

gempak
04/08/2024
14:55 MYT
Kelantan optimis mencapai sasaran 2.5 juta pengunjung pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Noor.
Unitar