Barcelona merupakan bandar kedua terbesar di Sepanyol selepas Madrid.

Menempatkan pelbagai tarikan dan destinasi hebat di merata ceruk, tidak hairanlah mengapa Barcelona menerima hampir 9.5 juta pelancong pada tahun 2000.

Sarat budaya, tempat menarik, sudah pasti Barcelona tidak ketinggalan menjadi lokasi pilihan untuk penggambaran filem.

Antara filem-filem yang pernah menjalani penggambaran di kota romantis ini adalah End of The Century, The Gunman, Haywire, The Nun, The Orphanage dan yang terbaru, sebuah filem tempatan berjudul Gracias Barcelona.

Filem romantik yang diterbitkan oleh Azura Pictures ini mempertaruhkan kemunculan semula Fathia Latiff sebagai pelakon dan penampilan filem pertama Kamal Adli selepas berkahwin.

Jom semak lima lokasi popular di Barcelona yang menjadi latar belakang filem ini yang boleh anda masukkan dalam bucketlist percutian:

1. La Sagrada Familia

Terletak di tengah kota Barcelona, bangunan gah yang pernah menjadi gereja Roman Katolik terbesar ini merupakan hasil rekaan arkitek dari Catalan bernama Antoni Gaudi pada tahun 1882.

Berketinggian 170 meter, Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1984.

Jika anda ke Barcelona, La Sagrada Familia ini merupakan lokasi wajib pergi!

2. Stadium Camp Nou Football

Peminat sukan bola sepak pasti tahu akan kewujudan stadium ini. Dimiliki oleh kelab bola Sepak Barcelona sejak tahun 1957 lagi, stadium ini pernah menjadi saksi pelbagai temasya hebat dunia antaranya Piala UEFA, Piala Dunia FIFA, Sukan Olimpik dan bermacam lagi.

Ada yang kata tak lengkap lawatan ke Barcelona kalau tidak melawat stadium ini. Pelancong boleh memasuki stadium ini dan melawat kawasan sekitarnya dengan harga di antara RM400 hingga RM600.

3. Casa Batllo

Sebuah lagi karya agung hasil rekaan Antoni Gaudi, Cass Batlo merupakan bangunan unik yang terletak di tengah bandar Barcelona.

Seni binanya diperbuat daripada campuran batu, besi, kayu, seramik dan pelbagai cat berwarna. Menempatkan beribu bilik, Casa Batllo kini boleh disewa untuk kegunaan pelbagai acara.

Oleh kerana kedudukannya yang strategik, ia menjadi lokasi acara paling mahal di daerah tersebut. Bangunan antik ini juga telah diwartakan di dalam Tapak Warisan UNESCO pada tahun 2005.

4. Port Olimpic Barcelona

Dibina pada tahun 1990, Port Olimpic terletak di hadapan perkampungan Olimpik yang terletak di tepi kawasan laut.

Dua bangunan tersergam indah di Port Olimpic ini adalah Mapfre Tower dan Hotel Arts yang menjadi pintu masuk bagi sebuah kasino terkemuka di Barcelona.

Kerana kedudukannya yang berada di tepi laut, ia menjadi tarikan ramai pelancong serta warga tempatan bersantai di waktu pagi dan petang.

5. Pantai Port Olimpic

Terletak di kawasan yang sama dengan perkampungan Olimpik Sepanyol, Pantai Port Olimpic ini merupakan antara pantai terbaik yang ada di Barcelona.

Pasir yang memutih dengan air biru jernih, pantai ini menjadi lokasi wajib pergi bagi setiap pengunjung yang melawat kota ini.

Stesen pengangkutan awam kereta api Metro juga tidak jauh daripada pantai ini menjadikan ia lokasi yang senang diakses oleh segenap lapisan masyarakat.

Gracias Barcelona mengisahkan Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan mereka di uji apabila pulang ke Malaysia.

Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan. Siapa yang melukakan dan terluka?

Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.