Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#TravelMana: Dayah Bakar Sekeluarga Seronok Main Salji, Buat Ramai Netizen Nak Pindah Australia!

Azwa Rahman
15/07/2021 11:50 MYT
Malaysia mencatatkan angka kes COVID-19 harian tertinggi pada Rabu dengan 11,618 kes direkodkan.

Dengan angka kes yang semakin meningkat walaupun negara berada di dalam tempoh total lockdown serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di beberapa buat negeri cukup membuatkan wargamaya berasa kecewa, letih dan kurang semangat.

Namun, bagi pengacara Dayah Bakar yang menetap di Australia bersama keluarga kecilnya, dia ada cara sendiri yang boleh membuatkan wargamaya terhibur.

Menerusi laman sosial Instagram, Dayah berkongsi foto-foto sedang bermain sajli ketika bercuti di Gunung Perisher yang terletak di dalam Taman Negara Kosciuszko baru-baru ini.



Dengan cuaca salji dan suhu mencecah 1 darjah celcius kini, Mount Perisher menjadi lokasi percutian ski yang terkenal di New South Wales.

Istimewanya lagi, Dayah turut berkongsi video anak sulungnya Achbar Muhammad Fahri, 1, bermain dengan salji.




Namun dalam sedang berseronok bercuti bersama keluarga, Dayah tidak sesekali melupakan rakyat Malaysia yang kini berdepan dengan pelbagai situasi.

Dayah turut berkongsi foto-foto keindahan alam semulajadi yang menenangkan dan menyejuk hati untuk tatapan umum.

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)


Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya turut sama terhibur dan merasai keterujaan Dayah bermain sajli bersama keluarga.

Tidak kurang juga ramai yang mahu berpindah ke Australia berikutan sudah tidak tahan berkurung di dalam rumah.



Nak pindah sana la Dayah. Stress duduk Malaysia PKP tak habis-habis,” komen seorang wargamaya.

Ya Allah seronoknya. Rasa macam nak pindah sana je,” kata seorang wargamaya.

Cannot la tengok video-video Kak Dayah. Cepatlah Malaysia sembuh dan buka gate. Gian gila nak travel ni,” luah seorang wargamaya.

Bestnya tengok enjoy betul. Takde la kena duduk rumah macam kami kat Malaysia ni,” tulis seorang wargamaya.

Bestnya kat tempat yang takde Covid. Bebas! Bila la Malaysia nak pulih rindu nak keluar camne,” ujar seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Dayah pernah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi suasana bazar Ramadan di Canberra di mana kemeriahannya tetap dirasai dan penduduk di sana tidak lagi perlu memakai pelitup muka.

Untuk anda yang merancang percutian tidak lama lagi, apa kata cuba klik di sini untuk promosi aktiviti percutian yang menarik. Untuk penerbangan, anda boleh mencari tiket di Malaysia Airlines.
#Dayah Bakar #Travel Mana #Bercuti di Australia #PKP sambung lagi
;