Bandar Rimbayu merupakan sebuah kawasan pembangunan baharu yang terletak di antara Teluk Panglima Garang dan Shah Alam.

Menempatkan kawasan perumahan dengan citarasa moden, bandar ini menawarkan lebih dari sekadar tempat penempatan.

Menawarkan pelbagai deretan jenama makanan terkenal, Krispy Kreme yang cukup dikenali dengan donutnya telah membuka cawangan pandu lalu yang pertama khas untuk penggemarnya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Krispy Kreme Doughnuts Malaysia, mereka yang mengidam untuk menikmati donut tidak perlu bersusah payah lagi untuk mendapatkannya.

Malah, konsep pandu lalu juga memastikan keselamatan dan kebersihan sentiasa terjaga.

Dibuka dari jam 8 pagi sampai 8 malam, pandu lalu Krispy Kreme terletak bersebelahan dengan Starbucks Rimbayu.Bukan sahaja Starbucks, malah terdapat juga restoran Kenny Rogers Roasters dan Sala yang akan dibuka.

Tidak hanya itu, terhadap pusat membeli-belah yang menawarkan gaya hidup moden seperti The Arc, Santuary Mall, Quayside Mall serta taman rekreasi indah.

Selain penggemar makanan, kawasan ini sering menjadi lokasi tumpuan penggemar OOTD kerana persekitarannya yang moden dan menghijau.

Hanya 40 minit daripada ibu kota Kuala Lumpur, Bandar Rimbayu dihubungkan dengan lebuhraya-lebuhraya utama.

Istimewa untuk mereka yang sudah menerima suntikan vaksin, anda boleh menebus sebiji donat Original Glazed percuma dengan pembelian minima satu donat. Namun ia hanya sah 14 hari selepas tarikh vaksinasi anda.

Kredit foto: Twitter @jalilword