Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#TravelMana: Indah Khabar Dari Rupa, Pengunjung Kecewa Taman Tular Di Cameron Highlands Banyak Bunga Mati

Azwa Rahman
11/12/2021 08:40 MYT
Hujung tahun sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menghabiskan cuti tahunan dengan aktiviti bercuti.

Ramai di antara kita yang memilih untuk ke destinasi pulau, alam semulajadi dan tidak kurang juga ada yang memilih untuk ke lokasi tular dalam Malaysia.

Setelah menjadi bualan ramai mengenai keindahan flora di taman ini, tarikan tular yang terbaharu di Cameron Highlands nampaknya berstatus ‘indah khabar dari rupa’.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi kunjungannya ke taman bunga tular tersebut dan cukup hampa apabila melihat keadaannya.

Menurutnya, jelas kelihatan di beberapa sudut taman tersebut dilatari dengan bunga-bungaan layu, tampalan tanah serta warna bunga yang seperti tidak sihat.

Dia turut berkongsi foto-foto yang sempat diambil untuk tatapan umum.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa kecewa apabila taman tersebut yang tidak dijaga dan diselenggara dengan baik selepas ia tukar sekitar November lalu.

Ditambah pula dengan harga tiket masuk yang mencecah RM50 untuk seorang, ramai mengharapkan agar bunga-bunga di taman ini dipelihara dengan baik.

Thanks for the reminder….this is why we can’t have nice & beautiful things. We (most Malaysian) don’t know how to appreciate things (nature, human, arts, etc…) There I said it out loud!” kata seorang wargamaya.

“Mahalnya 50/pax untuk tengok dead plants,” ujar seorang wargamaya.

Oh nooo. Time opening jela cun habis. Sejenis yang orang lain buat bisnes, dia pun nak buat bisnes, takde ilmu takde apa, yang penting kena viral. Main cucuk je semua bunga yang ada. Last last semua bunga pun arwah. Salam takziah,” luah seorang wargamaya.

“Biasa tempat cameron gini la. Indah khabar tapi mahal macam nak mati,” tulis seorang wargamaya.

“Nak jaga pokok bunga gini tinggi maintenance ah. Rugi datang time taman tak terurus atau tengah buat kerja penyelenggaraan,” komen seorang wargamaya.

It's not easy nak tanam bunga..lagi2 bunga mcm ni biasanya semusim...sekali je hidup..pastu kau kena buang dan tanam baru..patut nak masuk mahal gila,” kata seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Gempak melaporkan taman bunga cantik ini dibuka kepada umum pada 1 November lalu.

BACA: [FOTO] #TravelMana: Cantiknya Flora Park Macam Di Luar Negara, Tarikan Terbaharu Di Cameron Highlands!

Kredit foto: @ZackAvaricious
#Cameron Highlands #Travel Mana #Cameron #Flora #Park #Taman bunga viral
;