#TRAVELMANA: Ini Sebab Kenapa BTS ARMY Perlu Mengunjungi Pameran B-VERSE (BTS, Singing The Stars)
Izwan Isa
09/12/2023 11:55 MYT
09/12/2023 11:55 MYT
Pameran B-VERSE (BTS, Singing the Stars) yang menampilkan kumpulan K-Pop nombor satu dunia, BTS membuat hentian pertamanya di pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil bermula I Disember 2023 hingga 10 Mac 2024.
Dianjurkan oleh The Fact Music Awards dan direka oleh Apollon Studio, B-VERSE bukanlah sekadar pameran biasa.
Sebaliknya, pameran ini menceritakan tentang perjalanan BTS yang penuh memori dari 2020 hingga 2022, diinspirasikan daripada The Fact BTS Photobook Special Edition yang mengandungi pelbagai gambar sempena penampilan mereka di The Fact Music Awards 2020.
Pameran ini akan membawa pengunjung ke lapan sesi eksklusif, dengan setiap satu daripadanya menawarkan visual dan aktiviti yang istimewa, termasuk Bilik VR, Terowong Orbital, BTS Universe, 7 Planets, ARMY Way, Pemetaan Unjuran Imersif, Produk BTS, dan Zon Foto.
Kedua-dua Bilik VR dan Pemetaan Unjuran Imersif dilengkapi dengan sistem audio seperti konsert bagi memperdengarkan kepada peminat lagu-lagu popular BTS untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan.
Manakala 7 Planets pula menampilkan tujuh bilik berbeza mewakili anggota-anggota BTS iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. Menariknya, bilik-bilik ini dihias mengikuti personaliti dan keperibadian ketujuh-tujuh mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Seni Jaya Corporation Berhad, Jeff Cheah See Heong menyatakan keterujaan membawakan pengalaman yang unik ini kepada rakyat Malaysia, terutamanya peminat BTS, selain menyifatkan langkah ini sebagai komitmen mereka untuk membina keberadaan dalam industri hiburan imersif.
“Kami sangat teruja untuk menyaksikan bagaimana Pameran B-VERSE ini dapat memikat hati peminat BTS di Malaysia. Perjalanan unik melalui BTS Universe menjanjikan pengalaman yang menakjubkan, dan kami berbesar hati untuk membawakan pengalaman luar biasa ini ke landskap budaya tempatan,” katanya.
Para peminat boleh mendapatkan tiket untuk melangkah masuk ke BTS Universe pada harga serendah RM88 bagi tiket normal hari minggu dan RM98 untuk tiket normal hujung minggu. Harga eksklusif ini terhad sepanjang tempoh promosi dari 1 sehingga 17 Disember 2023.
Selain itu, peminat yang membeli tiket pameran juga akan menerima hadiah percuma termasuk Ziplock pouch, lencana bintang ARMY dan photocard yang diberi secara rawak.
Untuk menyempurnakan lagi pengalaman B-VERSE, para ARMY juga boleh membeli produk edisi terhad di pameran tersebut, seperti Fail BTS, Poskad BTS, Kalendar 2024, Risalah, Beg Tote dan Kemeja-T.
Tiketi boleh didapati menerusi https://www.ticket2u.com.my/bstarverse.