Kemeriahan Sukan Olimpik Tokyo 2020 kian membara memasuki hari ke-7.

Selain persaingan acara sukan dan kehadiran atlet, perkampungan ahli-ahli sukan ini yang terletak di Harumi Waterfront, Tokyo turut menarik perhatian.

Perkampungan atlet ini merupakan kawasan residen yang menempatkan 3,800 unit di mana setiap rumah boleh didiami dua hingga lapan orang.

Di laman sosial Tiktok, ramai atlet yang bertanding di Olimpik edisi kali ini berkongsi perkampungan atlet masing-masing yang dihiasi mengikut kreativiti mereka.

Seorang atlet Great Britain, Rebecca Edwards menarik perhatian ramai apabila membuat penilaian markah terhadap blok-blok penempatan negara di perkampungan atlet Tokyo 2020 berdasarkan kegemarannya.

1. Jepun - 8/10



Negara tuan rumah sangat kreatif menggunakan bendera bagi mewakili semangat patriotik mereka.

2.Amerika Syarikat - 7/10



Seluruh bangunan penempatan atlet AS dipenuhi bendera negara.

3. Brazil - 9/10



Vibes yang sangat bagus. Warna hijau kuning yang melatari bangunan memberikan keceriaan.

4. Kanada - 7/10



Pasukan Kanada siap meletakkan replika rusa yang besar di hadapan blok mereka. Wow!

5. Australia - 10/10



Usaha yang sangat bagus untuk mempamerkan semangat juang atlet mereka. Panel bendera juga menghiasi kawasan persekitaran.

6. Great Britain - 10/10



Wow, penggunaan bendera yang baik. Pondok telefon ikonik London juga dibawa untuk memberi vibe negara mereka. Ruang rehat juga sangat santai.

Perkongsian Rebecca tersebut telah mendapat hampir 3 juta tontonan serta 400,000 tanda suka daripada wargamaya seluruh dunia.