Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#TravelMana: Jika Merindui Allahyarham Mamat Khalid, Jom Ke Sarang Art Hub, Tanjung Malim

Azwa Rahman
30/10/2021 01:45 MYT
Nama Tanjung Malim pasti tidak asing bagi penggembara yang melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Antara mercu tanda yang menjadikan pekan ini diingati adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Bandar Proton.

Namun, terdapat lagi satu mercu tanda yang membuatkan nama Tanjung Malim menjadi sebutan iaitu Sarang Art Hub milik sutradara tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.



Sarang Art Hub terletak di Rest House atau Rumah Rehat Tanjung Malim. Cara paling senang untuk mencari lokasi ini, cari sahaja KFC Tanjung Malim dan pasti anda akan jumpa. .

Tempat yang dijadikan pusat seni ini istimewanya lagi mendapat kerjasama dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pusat itu kemudiannya dijadikan hub seni kepada golongan muda dengan hiasan yang menarik dan mempunyai galeri seni, kafe dan bengkel seni.



Sejak itu, Sarang Art Hub yang dibangunkan arwah juga menjadi tumpuan pencinta seni termasuk artis tanah air sehingga pekan Tanjung Malim yang sebelum itu agak sepi terutama pada waktu malam mula menjadi tumpuan orang ramai.

Sambil berhibur, anda harus mencuba pelbagai hidangan yang disediakan‘bertemakan nama filem-filem arahan arwah Mamat.



Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah Mi Goreng Pak Jabit, Nasi Goreng Kampung Pisang dan Nasi Goreng Petai Kak Limah Mengilai.

Kenangan berada di Sarang Art Hub pasti membuatkan kita semua merindui arwah Mamat.

Pemergian beliau bukan sahaja menjadi satu kehilangan besar kepada industri perfileman negara malah juga buat penduduk di sekitar Tanjung Malim.

Kredit foto: Visit Perak, hasrulhassan.com dan NSTP

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!


#mamat khalid #Travel Mana #Sarang Art Hub #Tanjung Malim
;