#TRAVELMANA: Jom Mabuk Lampu Di Melaka! Layan 1.4 Juta LED Di Pesta Lampu Terbesar Malaysia
Firdaus
21/01/2024 04:55 MYT
21/01/2024 04:55 MYT
Melaka sememangnya kaya dengan pelbagai sejarah yang boleh diterokai di setiap pelosok negeri menjadikan ianya salah satu destinasi paling diminati pelancong.
Bagaimanapun, Melaka tidak hanya dilawati atas dasar sejarah semata-mata, sebaliknya negeri itu juga terkenal dengan keindahan bandar yang sentiasa meriah tanpa mengira masa.

PILIHAN PEMBACA: #TRAVELMANA: Neon Circus Countdown Carnival Buka Tirai 2024 Dengan Meriah, Sarat Aktiviti Kekeluargaan &…
Oleh itu, sempena tahun melawat Melaka 2024, negeri itu telah melangsungkan Pesta Lampu besar-besaran bermula 15 Disember 2023 sehingga 18 Februari 2024.
Acara yang diberi nama Luna Lights Wonderland 2.0 itu bertempat di Melaka Wonderland, Ayer Keroh, di mana pengunjung boleh menikmati taman dihiasi lampu LED terbesar di Malaysia.
Taman yang dihiasi 1.4 juta biji LED itu juga mempunyai pelbagai tempat menarik boleh dilawati pelancong seperti Terowong 'LOVE', Aurora River, ruang picnic LED, Terowong 'STARWARS' dan banyak lagi.
Suasana ceria taman tersebut juga sesuai dijadikan tempat untuk menangkap gambar bagi pengunjung yang mahu mencipta kenangan bersama rakan-rakan mahupun keluarga tersayang.
Sekadar info, Pesta Luna Lights Wonderland 2.0 akan beroperasi pada 7 malam sehingga 12 tengah malam dan bakal berakhir 18 Februari ini.
Harga tiket dikenakan untuk orang dewasa ialah RM15 manakala kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah berharga RM8.