#TravelMana: Khairul Aming Buat Netizen Terliur, Kongsi 9 Lokasi Menarik ‘Syurga Makanan’
Asyikin Mayudin
23/07/2023 14:55 MYT
23/07/2023 14:55 MYT
Mungkin ada di antara kita sudah banyak kali bercuti di Hat Yai, Thailand yang sememangnya menjadi salah satu lokasi percutian yang dianggap sebagai ‘syurga makanan’.
Tebaharu, personaliti media sosial terkenal Khairul Aming berkongsi kompilikasi video pengalaman dia bersama rakan-rakan bercuti di lokasi tersebut yang membuatkan ramai netizen ‘terliur’.
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, Khairul Aming menyenarikan sembilan buah gerai atau lokasi makanan menarik dan pastinya halal buat mereka yang mahu berkunjung di Hat Yai kelak.
Pada perkongsian yang sama, usahawan produk makanan ini turut mengakui Hat Yai sememangnya menjadi destinasi mesra Muslim kerana menawarkan menu-menu yang tidak pernah mengecewakan dan tidak henti dijual.
“Hat Yai ni memang betul syurga makanan. Dari pagi sampai malam tak henti makan. Sedap dan makanan murah di sana. Ini sembilan tempat makan di Hat Yai yang kami singgah pada minggu lepas,”tulisnya.
Lokasi yang boleh dikunjungi oleh orang ramai kerana menawarkan banyak makanan menarik;
- Kaitod Meena,
- Klong Hae Floating Market
- Lee Garden Night Market
- Kai-Tod Decha
0. 0. 0. Nimbycoffeehouse
- Central Festival Hatyai
- Khlong Hae Buffet Seafood Halal
- ASEAN Night Bazaar Hatyai
- Food Villa
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk bercuti di Hat Yai untuk mencuba beberapa tempat makanan menarik yang masih belum dicuba.
ARTIKEL BERKAITAN: Tutup Kilang Sambal Nyet 5 Hari, Khairul Aming Bawa Staf Bercuti Di Langkawi, Check-In Hotel 5 Bintang, Sewakan Kapal Layar… Netizen Berlumba Nak Hantar Resume
undefined