Selepas pengumuman tiga lagi destinasi pelancongan dibuka oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada 1 Oktober ini, pasti mereka yang terlalu lama berkurung menarik nafas dapat pergi bercuti.

Selain Langkawi yang merupakan destinasi pertama Projek Rintis Gelembung Pelancongan, tiga destinasi baharu yang diumumkan adalah Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman.

Buat mereka yang sudah tidak sabar untuk menikmati cuaca sejuk di tanah tinggi Genting Highlands, di sini Gempak senaraikan lima penginapan staycation yang menarik untuk anda cuba.

Pastikan anda sudah lengkap divaksinasi, patuh pada prosedur operasi standard yang telah ditetapkan dan selamat bercuti dengan berhati-hati.


1. Glamz At Genting

Nikmati kabus di Glamz, rumah gaya glamping yang terletak 28 minit dari Genting Highlands. Tempat penginapan di khemah loceng atau kubah cantik bersama jakuzi peribadi! Ia penuh dengan hiasan lampu dan khemah putih yang sempurna untuk anda bergambar. Antara bilik penginapan yang boleh anda pilih adalah daripada Khemah Loceng, Bilik Kubah, Kubah Keluarga atau Kubah VIP!

Setiap bilik sangat luas dan ditawarkan katil yang cukup selesa dan tandas peribadi. Buat mereka yang memilih bilik kubah VIP, anda boleh menikmati pit BBQ, permainan papan dan taman permainan.

Harga: Dari RM200 untuk sstu malam.
Alamat: Lot PT22637, PT22638, PT22639, PT22640, Mukim Bentong, Daerah Bentong, Pahang.


2. Hotel Grand Ion Delemen

Hotel yang agak baru ini sesuai untuk mereka yang mahu merasai dingin dan nyamannya tanah tinggi Genting. Hotel ini turut menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti percutian untuk setiap lapisan umur.

Antara tarikan utama sudah pasti kolam renang indoor, zon permainan arcade, sky garden, flying fox, rock climbing dan banyak lagi.

Harga: Dari RM250 untuk satu malam.
Alamat: 1, Jalan Ion Delemen, 69000 Genting Highlands, Pahang.

3. Windmill Upon Hills Premium Suites

Salah satu tarikan yang ada di Genting Highlands adalah Windmill Upon Hills yang merupakan sebuah bangunan residensi.

Berlatarkan pemandangan gunung menghijau, apartment ini sesuai dijadikan penginapan berkumpulan tidak kira bersam keluarga mahupun teman-teman.

Harga: Dari RM220 untuk satu malam.
Alamat: Jalan Permai, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang.

4. Geo Resort & Hotel

Kalau anda mahukan ketenangan, Geo Resort dan Hotel sememangnya lokasi untuk anda bermanja diri. Resort moden dengan citarasa mewah ini cukup memberikan pengalaman percutian yang anda mahukan.

Terletak tidak jauh daripada Genting Skyway, anda boleh memilih daripada keseluruhan 252 buah bilik yang luas dan stail. Antara kemudahan yang tersedia di resort ini adalah kolam renang infiniti, bilik zumba dan yoga, gimnasium dan banyak lagi.

Harga: Dari RM350 untuk satu malam.
Alamat: PT 21075, Jalan Permai 2 Genting Permai Avenue, Genting Highlands, 69000, Pahang.

5. Hotel Theme Park, Resorts World Genting

Hotel Theme Park terletak tidak jauh dari pusat membeli-belah terkemuka di Genting Highlands, Sky Avenue. Apa yang menarik di hotel ini, setiap bilik dihiasi dekorasi dalaman street art yang unik.

Jika anda mahu menikmati pemandangan yang lebih menarik, cuba dapatkan bilik di tingkat yang lebih tinggi, panoramanya memang tak jemu mata memandang..

Harga: Dari RM273 untuk satu malam
Alamat: Theme Park Hotel, Genting Highlands, 69000, Pahang.