Laman Utama

#TravelMana: Nak Pergi China Dah Tak Perlu Visa… Tapi Dengan Syarat

gempak
Izwan Isa
25/11/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Nak Pergi China Dah Tak Perlu Visa… Tapi Dengan Syarat
China melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia dan lima negara lain mulai 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.
Negara lain, termasuk Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol, menurut Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar China di media sosial.
Sepanjang tempoh itu, pemegang pasport biasa dari enam negara berkenaan boleh memasuki China tanpa visa untuk urusan perniagaan, pelancongan, melawat keluarga dan rakan, serta transit tidak lebih dari 15 hari.
Bagaimanapun, rakyat dari enam negara itu yang tidak memenuhi syarat pengecualian visa masih perlu mendapatkan visa sebelum memasuki China, menurut kenyataan itu.
Dasar ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan pertukaran sesama rakyat.
Sumber: Astro Awani

BERITA TRENDING: Adik Lelaki Shila Amzah Akhirnya ‘Fly’ Ke China - “Disebabkan Fitnah, Tergendala Kerja”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024