Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#TravelMana: Negeri Pahang Kaya Resort Cantik, 6 Penginapan Ini Wajib Anda Cuba Selepas Pandemik

Azwa Rahman 18/02/2021 | 12:30 MYT
Jika anda masih tercari-cari destinasi percutian selepas Perintah Kawalan Pergerakan tamat, apa kata cuba negeri Pahang?
Gempak merasakan negeri Pahang cukup unik kerana mempunyai semua ciri-ciri percutian yang anda inginkan; laut, alam semulajadi dan bandar.
Kolum #TravelMana kali ini membawakan enam resort unik yang anda boleh cuba khas di negeri Pahang. Bolehlah mula survey dan simpan duit untuk percutian anda.
1. Bilut Hills, Raub
Mencari penginapan yang berkonsepkan privasi dan jauh dari kesibukan bandar, Bilut Hills memang cantik dan sesuai.
Resort ini merupakan sebuah homestay yang bercirikan alam semulajadi terletak di Bentong Durian Bilut Hills.
Resort ini mempunyai beberapa buah bilik berasingan mengikut kapasiti dan bajet anda. Jangan lupa minta bilik yang mengadap gunung-ganang, sumpah lawa!
Malah, ada taman sayuran dibina khas untuk anda merasai pengalaman penyiraman, pembajaan, penanaman dan penuaian sayur-sayuran dengan tangan anda sendiri.
Harga: 400++ untuk satu malam.
2. The Fairy Cottage, Cameron Highlands
Sebuah apartment cantik yang terletak di Tanah Rata ini pernah tular di media sosial kerana kecantikan hiasan dalamannya.
Bercirikan moden kontemporari, ruang ini pasti memberikan ketenangan untuk penginapnya. Tambah cantik bila tiba waktu malam!
Bagi mereka yang mencari kelainan tempat penginapan di Cameron Highlands, The Fairy Cottage boleh memuatkan sehingga lapan orang tetamu.
Harga: RM126++ untuk satu malam.
3. Inai Cottage, Janda Baik
Rumah kampung tepi sungai ni cantiknya! Kalau rasa nak berangan macam orang dulu-dulu, boleh try ke Inai Cottage yang terletak di Janda Baik, Pahang.
Boleh memuatkan sehingga 12 orang, tak kisah anda nak bawa keluarga atau sahabat handai, lepak tempat segar macam ni memang best.
Harga: RM650++ untuk satu malam.
4. The Kasturi Resort, Cherating
Negeri Pahang cukup kaya dengan keindahan alam semulajadi. Buat peminat laut, The Kasturi Resort yang terletak di pantai Cherating ini confirm buat anda tertarik.
Resort lima bintang ini sangat sesuai untuk pasangan suami isteri dan keluarga kecil yang mahukan suasana romantik dan privasi.
Mempunyai 10 bilik yang eksklusif, resort ini mengadap pantai Chendor dan bersebelahan dengan pusat santuari penyu, The Rimbun Dahan.
Harga: 550++ untuk satu malam.
5. Dawn Haven, Bentong
Resort ala kampung yang terletak di Bentong Pahang ini sangat sesuai untuk keluarga besar yang inginkan percutian hujung minggu.
Mempunyai 9 bilik tidur dan 23 katil, teman-teman yang ingin mengadakan majlis perjumpaan semula juga dialu-alukan.
Bertemakan kayu dan sangat dekat dengan alam semulajadi, resort ini turut menawarkan aktiviti seperti dusun buah-buahan, jungle trekking, aktiviti berkuda, paintball dan memancing.
Harga: 5,000++ untuk satu malam.
6. Plateau Farm Sustainable Treehouse Camp, Bentong
Terletak 500 meter dari paras laut, Treehouse ini pasti menjanjikan kelainan buat percutian pasca pandemik anda.
Berkonsepkan BYO (bring your own), anda perlu membawa bantal, makanan dan apa sahaja keperluan untuk keselesaan.
Terletak di dalan kawasan ladang, ia terletak di dalam kawasan perkampungan dan perlu memanjat pokok untuk sampai ke rumah anda. Wow, pasti memberikan pengalaman yang berbeza untuk percutian kali ini.
Harga: RM180++ untuk satu malam
Selamat bercuti dan pastikan ada travel safe. Sentiasa patuh pada SOP kerana kita masih belum menang.
#Cuti-Cuti Malaysia #Negeri Pahang #Resort cantik #Travelmana
;