Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#TRAVELMANA: Neon Circus Countdown Carnival Buka Tirai 2024 Dengan Meriah, Sarat Aktiviti Kekeluargaan & Hiburan

Izwan Isa
09/01/2024 14:55 MYT
Kedatangan tahun 2024 tempoh hari disambut oleh lebih 2,000 tetamu Lexis Hibuscus Port Dickson, Negeri Sembilan dengan meriah menerusi Neon Circus Countdown Carnival.

Presiden Lexis Hotel Group, Datuk Prof. Mandy Chew Siok Cheng berkata, Neon Circus Countdown Carnival diisi dengan pelbagai aktiviti menarik susulan kejayaan Funtastic Countdown Carnival dua tahun lalu.



“Neon Circus Countdown Carnival dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh keluarga.

“Pasukan kami tetap komited memberikan tetamu peluang menikmati liburan dan dalam masa sama merayakan sambutan tahun baharu dengan amat meriah,” katanya.

Tambah Mandy, sambutan tahun baharu untuk tahun hadapan bakal diadakan di hotel terbaharu Lexis Hotel Group, Kuala Lumpur.



"Saya sangat gembira untuk mengumumkan sambutan tahun baharu pada tahun depan di hotel terbaharu kami di Kuala Lumpur iaitu Imperial Lexis Kuala Lumpur.

“Diposisikan sebagai episentrum acara yang tak mungkin dilupakan, hotel kami bakal menampilkan pemandangan cakrawala kota yang tiada tandingan, selain menjanjikan malam yang penuh pesona.

“Bersiap-sedia untuk bersama dengan kami saat kami menghitung detik tengah malam dalam gaya yang tak tertandingi, kemewahan dan perayaan yang menyenangkan, dikelilingi oleh kemewahan Imperial Lexis Kuala Lumpur.



“Terima kasih telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami, dan kami sangat menantikan kehadiran anda di Imperial Lexis Kuala Lumpur bagi perayaan malam tahun baharu yang tiada duanya”, ujar Mandy.

Malam acara Neon Circus Countdown Carnival dibuka dengan beberapa aktiviti seperti makan malam buffet dengan menu tempatan dan antarabangsa, serta persembahan oleh band-band lokal. Kemeriahan malam semakin mengujakan dengan pertunjukan haiwan, sarkis dan pertunjukkan api yang sangat menarik.

Neon Circus Countdown Carnival terbukti menjadi acara paling dinanti, meninggalkan tetamu dengan memori indah menutup 2023.

Lexis Hibiscus Port Dickson terus mendefinisikan standard perayaan malam tahun baharu, menjanjikan para tamunya pertemuan tahunan yang penuh dengan kegembiraan dan kenangan seumur hidup yang tiada tertandingi. Layari https://www.lexishibiscuspd.com/ untuk informasi lanjut tentang acara mendatang.

#Travelmana #Neon Circus Countdown Carnival
;