Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#TravelMana: Pamer 400 Ribu Spesis Bunga, Jom Serbu Floria Diraja Putrajaya! Penggemar Orkid Wajib Datang

Azwa Rahman
02/09/2022 20:13 MYT
Mencari aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu ini, apa kata anda singgah di Floria Diraja Putrajaya 2022 yang berlangsung sehingga 4 September ini.

Setelah beberapa tahun penganjuran festival ini tidak dapat dilakukan gara-gara pandemik, Floria Diraja Putrajaya pada tahun ini mempamerkan hampir 400,000 spesis bunga!

A post shared by 29 Ogos - 4 September 2022 (@putrajayafloria)


Diadakan di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya, antara tarikan utama yang menjadi sorotan adalah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid, Terowong Oncidium, Clock Meadow, Taman ‘Glow in the Dark’, Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen seperti Laman Astaka DiRaja dan Floral Sky Walk turut menjadi tumpuan.

A post shared by 29 Ogos - 4 September 2022 (@putrajayafloria)


Malah, pada waktu malam pula festival ini akan dilimpahi dengan pancaran dan kesan cahaya lampu khas di setiap laluan utama dan kawasan utama sekitar tapak festival seperti Red Carpet, Oncidium Tunnel, Dendrobium Walk, dan Taman Fantasi.

Selain mempamerkan inovasi teknologi kesenian pencahayaan kreatif pada flora dan fauna, FLORIA juga menjadi platform kepada pengunjung menikmati keindahan persekitaran festival pada waktu malam.

A post shared by 29 Ogos - 4 September 2022 (@putrajayafloria)


Dengan tema ‘FLORIA HEBAT’ atau ‘Awesome FLORIA’, pengunjung pastinya akan merasai pengalaman manis dengan pameran 10,000 pokok orkid yang menjadi bunga tema untuk festival pada tahun ini di samping pelbagai lagi bungaan lain yang cantik.

Tunggu apa lagi, jangan lupa untuk bersiap kerana pelbagai lokasi outfit of the day (OOTD) untuk tujuan bergambar.


Sumber: Libur

#Bunga #Putrajaya #Pesta #Travel Mana #Floria DiRaja Putrajaya,
;