#TravelMana: Pusing 6 Negara Balkan Dalam Masa 14 Hari, Gadis 22 Tahun Ini Kongsi Itinerari Travel Solo

Azwa Rahman
April 8, 2022 11:00 MYT
Pengembaraan solo menjadi antara impian kaki travel di luar sana. Tidak kira jauh atau dekat destinasi yang dipilih, dapat melihat budaya luar, merasa makanan di luar selera tekak kita, mengikut gaya hidup penduduk tempatan cukup membuatkan minda terbuka luas.
Bagi gadis berusia 22 tahun ini, peluang belajar di Turki menjadi tiket emas baginya mengembara ke negara-negara Eropah Timur.
Menerusi laman sosial Twitter, pemilik nama sebenar Nurbalqis Abdul Rashid berkongsi pengalamannya terbang ke negara di rantau Balkan secara bersendirian.
Berbekalkan RM3,500, Balqis mampu menjelajah ke enam negara Eropah Timur iaitu Bosnia & Herzegovina, Croatia, Slovenia, Montenegro, Albania dan Macedonia.
Boleh dijadikan inspirasi untuk pengembara solo mengorak langkah mereka, di sini Gempak sertakan itirenari dua minggu menjejak rantau Balkan.

Itinerary solo Balkans trip 6 negara, 10 negeri = 14 hari Total: RM3500 •Sarajevo (Bosnia) •Mostar (Bosnia) •Zagreb (Croatia) •Ljubljana (Slovenia) •Split (Croatia) •Dubrovnik (Croatia) •Kotor (Montenegro) •Tirana (Albania) •Ohrid (N.Macedonia) •Skopje (N.Macedonia) pic.twitter.com/RlTuIDlTf1

— ßر (@blqsrshd) March 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hari pertama (Istanbul - Bosnia)
  1. Sebilj Fountain
  2. Gazi Husrev Beg Mosque
  3. Sahat Kula
  4. Baščaršija
  5. City Hall
  6. Sarajevo ‘roses’
  7. İnat Kuća
Hari ke-2 (Sarajevo)
  1. Latin bridge (kisah di jambatan ni menyebabkan tercetusnya perang dunia pertama, boleh baca di highlight ig)
  2. Music Pavillion
  3. War Tunnel (kena naik tram no1 ke Ilidza dan naik bas 32)
  4. Mostar
Hari ke-3 (Mostar)
  1. Pagi pukul 7 naik bus no 10 dari spanish square ke
  2. Tekija Blagaj (Nak masuk Tekija Blagaj ni kena bayar, tapi saya dapat masuk free)
  3. Old Bridge
  4. Koski Mehmed Pasha mosque (Wajib naik menara, view cantik)
  5. Spanish Square
  6. Crooked Bridge
Hari ke-4 (Mostar - Zagreb, Croatia)
  1. Check in hostel - RM64/satu malam (apps hostelworld)
  2. St. Mark’s Church
  3. Cathedral of Zagreb
  4. Park Maksimir
  5. Plitvice Lake (cantik sangat, wajib pergi)
Hari ke-5 (Zagreb - Ljubljana)
  1. Check in hostel - RM69/satu malam (apps hostelworld)
  2. Lake bled
Hari ke-6 (Ljubljana)
  1. Triple Bridge
  2. Old town
  3. Dragon Bridge
  4. Ljubljana Castle
  5. Roman ruins
  6. Preseren Square
  7. Petang tu saya naik bas Ljubljana - Split
Hari ke-7 (Split)
  1. Klis Fortress
  2. Diocletion palace
  3. Veli varos
  4. Solin
  5. National Theatre
  6. Split adalah part of tempat Games of Throne’s series were filmed dan memang cantik
Hari ke-8 (Split - Dubrovnik)
  1. Dari station bus akan ada bas tunggu untuk bawa ke Old Town
  2. Dubrovnik city Wall
  3. Lovrijenac
  4. Nikola Mihanovic Fountain
  5. Foundry museum
Hari ke-9 (Dubrovnik)
  1. Lazerati
  2. Pusing dalam Old Town
  3. Modern art museum
Hari ke-10 (Kotor, Montenegro)
  1. Kotor Fortress (Sepatutnya kena bayar tapi saya pergi sebelum pukul 8 jadi masuk percuma)
  2. Di sini ada peta dalam bahasa Malaysia percuma, jangan lupa ambil barang rare
  3. Old Town
  4. Perast in Bay (Lady of The Rocks)
Hari ke-11 (Kotor - Tirana, Albania)
  1. Naik bas Kotor - Tirana
  2. Check in Hostel RM39/satu malam (apps hostelworld)
  3. Sampai Tirana dah malam jadi malam tu saya makan dan rehat
Hari ke-12 (Tirana)
  1. Skanderberg Square
  2. Ethem Bey Mosque
  3. Clock Tower
  4. Bunk art
  5. Minum kopi dekat Mulliri, sedap
  6. Iskender bey
  7. Naik bas dari Tirana - Sturga
Hari ke-13 (Ohrid, Macedonia)
  1. Ohrid lake
  2. Ali Pasha mosque
  3. Church St John
  4. Saint Sophia
  5. Old Bazaar
  6. Ancient Theatre
  7. Malam saya naik bas Ohrid - Skopje
Hari ke-14 (Skopje)
  1. Square Macedonia
  2. Old bazaar
  3. Kale fortress
  4. Mustafa Pasha Mosque
Sementara itu di ruangan komen, ciapan yang tular ini menjadi pendorong untuk ramai wargamaya mengembara secara solo.
“One fine day for sure, amin..,” komen seorang wargamaya.
“So inspiring orang-orang yang travel backpackers ni. I can’t relate, mesti penattt. I travel nak relax, malas nak fikir so hire la tour guide,” ujar seorang wargamaya.
“Bestnya. Kalau ada bini memang ajak dah lepas habis IPG ni. Fully aku tanggung. Tapi tu la haha,” tulis seorang wargamaya.
“Bestnya teringin nak travel walaupun sekali seumur hidup dah 30 tahun tapi tak pernah lagi keluar negara or naik pesawat nak travel sorang takut nak ajak kawan tak ada semua busy,” luah seorang wargamaya.
“To have this keberanian to travel alone.. bestnya kalau dah pro,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan pengalaman Balqis telah menerima hampir 3,000 ulang ciap dan 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Kredit foto dan ciapan asal: Twitter @blqsrshd
#Travelmana #Itinerari Balkan #Travel Balkan #Trip solo Balkan