Laman Utama
#TravelMana: Tak Dapat Terbang Melancong, Ambil Mood Beli Juadah Berbuka Puasa Di KLIA Pun Boleh!
Pasti ada yang merindui mood pergi ke lapangan terbang untuk terbang ke destinasi percutian idaman.
Tapi dengan situasi pandemik yang melanda, mustahil untuk kita dapat melancong ke merentas negeri mahupun negara dalam masa terdekat ini.
Untuk mengubati kerinduan itu, Eraman Mini Cafe yang terletak di dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menawarkan hidangan dan pengalaman seperti berada di ‘bazar Ramadan’ untuk menarik lebih banyak pelanggan ke gerai mereka.
Namun sebagai langkah keselamatan, semua hidangan dimasak di lokasi berasingan dan dibawa ke Eraman Mini Cafe menjelang waktu gerai dibuka.
Hal ini kerana aktiviti memasak di kawasan terbuka bangunan adalah dilarang mengikut peraturan dalam Manual Keselamatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang yang tidak membenarkan dapur api terbuka atau plat panas elektrik digunakan di dalam bangunan terminal.
Malah, Eraman Mini Cafe juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Pemakaian pelitup muka diwajibkan dan setiap pelanggan diberi nombor untuk memastikan kapasiti maksimum kafe tidak dilanggar,” jelas pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)
Kafe yang terletak di tingkat lima KLIA ini dibuka setiap hari pada pukul 3 sehingga 9 malam.
Amtara juada istimewa buka puasa yang boleh didapati di sini adalah kambing bakar, ayam percik, ayam golek, nasi beriani serta pelbagai lauk-pauk dan kuih-muih tempatan.
Juadah bazar Ramadan yang sama turut boleh didapati di restoran Bibik Heritage di KLIA2.
Dibuka sehingga 11 Mei ini, bolehlah ubati rasa rindu anda untuk pergi ke lapangan terbang dan membeli juadah berbuka puasa.
Must-Watch Video